Tuesday, August 28, 2018

Bab 1- Jejak Pengalaman


2011

Part Time Baker



Tahun kedua selepas graduasi. Saya merupakan pekerja di syarikat swasta. Pekerjaan dalam bidang perkomputeran, pengaturcaraan mesin kredit kad dan pembangun laman web syarikat yang cukup tertekan. Setiap hari bertolak ke pejabat sebelum matahari terbit dan pulang kerumah ketika malam pekat menjengah. Kehidupan hanya di pejabat dan di suap kesibukan melebihi tujuh hari seminggu. Pernah menghabiskan masa empat puluh lapan jam hanya di pejabat. Waktu itu, itu lah kepuasan. Namun lama-kelamaan, bosan dan lelah mulai terasa. Sering mencari jalan untuk keluar dari tekanan. Masa yang ada selepas pulang dari pejabat, saya habiskan di ceruk dapur mencuba pelbagai resepi.



Minat, kepuasan, ketagihan, keinginan, keghairahan.

Mendorong diri untuk mencuba perkara baru walaupun diluar bidang dan kemahiran sendiri. Saya keluar dari kepompong untuk mencuba perkara baru. Setiap hari, saya akan sediakan sebiji kek dan kek cawan istimewa untuk dimakan bersama rakan-rakan sepejabat. Perasaan gembira melihat mereka berebut makan memberi satu kepuasan dari sudut berbeza.



Kepuasan yang akhirnya menjadi ketagihan yang baru. Ya! Saya ketagih dengan wajah gembira. Wajah yang tak akan menipu yang menilai sebuah rasa manis dan singgah lama di hati sang pemakan. Ketagihan itu membuatkan saya sanggup ke dapur hanya untuk mencuba pelbagai resipi kek, ais krim dan pelbagai manisan mulut untuk dibawa ke pejabat keesokan hari. Suatu hari, sahabat saya membuat tempahan kek hantaran pertama sebelum saya memutuskan untuk berniaga dengan serius. Tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir, saya setuju dengan tempahan sahabat saya.



Modal saya ketika itu RM180. Saya tiada kemahiran berniaga dan ilmu berniaga. Saya mula dengan “ZERO”. Saya berjaya menyiapkan kek tempahan pertama saya! Iaitu sebiji kek hantaran fondan berwarna putih berbunga merah, terdapat hiasan biji-biji mutiara disekeliling kek tersebut. Harga jualan pertama itu, RM80. Dalam hati berkata, “WOW! Adakah ini hasil tangan saya?”. Dan saya seronok melihat hasil saya dan beberapa keping nota RM10. Keterujaan itu membuatkan saya mempunyai keinginan untuk pergi lebih jauh. Guru saya ketika itu adalah laman sesawang “Youtube”.



Tempahan demi tempahan di terima. Dari kek cawan ke kek bertingkat. Dari kek bertingkat ke kek pelbagai tema karakter kartun. Saban hari ia menjadi keghairahan untuk menghasilkan lebih banyak kek tema. Pulang dari pejabat, saya akan terus ke dapur untuk menyiapkan tempahan. Dan akan tidur pada pukul empat pagi atau lima pagi. Saya akan ke pejabat pada pukul lapan pagi. Kerana keghairahan itu, saya tidak terasa lesu, letih atau tertekan. Saya gembira akhirnya saya temui cara untuk menghilangkan tekanan dengan kerja pejabat.




2012

Ujibakat Masterchef Malaysia.



Saya mencipta pengalaman indah apabila menyertai ujibakat rancangan realiti “Masterchef Malaysia” sesi kedua.

Ia bermula apabila saya banyak memuatnaik gambar makanan yang saya masak. Tinggal berseorangan di rumah sewa semasa bujang membuatkan saya mengisi masa lapang dan memasak di dapur. Saya hiasi pinggan dengan hati dan ambil gambar. Ada antara komen yang saya dapat ketika itu, “Boleh kau masuk ujibakat Masterchef lepas ni”.

Selang beberapa bulan, saya telah dicabar oleh sahabat saya. Beliau mencabar jika saya mendapat lebih dari 10like dengan memuat naik status di facebook, saya harus menyertai ujibakat rancangan realiti tersebut. Selepas status yang dimuat naik mendapat lebih dari 80 like. Saya tahu bahawa cabaran sahabat saya itu perlu saya teruskan juga.




Hari ke sehari saya mula belajar dan membuat beberapa ujian untuk memilih menu yang sesuai. Saya mahukan sesuatu yang mudah, sedap dan berkhasiat untuk dinikmati. Setelah beberapa menu yang dicuba, saya mendapat idea dengan satu jenis masakan yang pernah saya masak sebelum ini. Masakan yang saya bawakan ialahSpaghetti with Spinach Sauce served with Beef Stuffed Portobello Mushroom.  

Ramai sahabat dan sahabat alam maya menyokong penuh minat dan semangat saya untuk ke ujibakat itu. Setiap hari mereka memberikan kata semangat. Sebelum ujibakat juga saya akan berlatih untuk mencuba  resipi itu beberapa kali.

Resepi Spageti dengan sos bayam

  

Bahan-bahan:
Spageti yang telah direbus
2 ikat bayam dipotong 2 inci
2 ulas bawang putih
1 helai daun bay
1 sudu kecil mixed herb
½ kotak kecil krim masakan
½ cawan susu segar/air
½ sudu kecil gula merah
Garam pink secukup rasa

Cara-cara:
1.     Didihkan air dalam periuk. Masukkan bayam dan bawang putih.
2.     Masukkan mixed herb, daun bay, susu segar, krim masakan dan gula merah.
3.     Masak sehingga mendidih dan bayam layu.
4.     Tutup api, kemudian kisar sampai halus.
5.     Masukkan semula sos bayam tadi ke dalam periuk dan biar mendidih. Laraskan kepekatan mengikut                   kehendak. Kalau terlalu cair, masukkan cooking cream lagi. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air.
6.     Masukkan garam pink dan tutup api.
7.     Gaulkan spaghetti yang telah direbus dengan sos bayam. Sedia dihidangkan.

Nota kaki: Sos bayam akan lebih berlemak jika diblend bersama kacang gajus atau biji benih bunga matahari.

Resepi cendawan sumbat daging.

Bahan-bahan:
100g daging cincang
6-8 cendawan portobello/butang segar
1 biji bawang besar sais sederhana besar
Garam pink secukupnya
Sedikit lada hitam
Sedikit mentega asli
Sedikit keju mozzarella
Sedikit minyak zaitun

Cara-cara:
1.     Bersihkan cendawan, keluarkan batang cendawan dan potong dadu.
2.     Cairkan mentega asli.
3.     Masukkan bawang besar. Tumis sehingga sedikit keperangan.
4.     Masukkan daging cincang dan batang cendawan yang dah dipotong dadu.
5.     Masukkan lada hitam dan garam pink. Tutup api dan ketepikan.
6.     Hidupkan oven pembakar pada suku 150 darjah selsius. Susun cendawan yang sudah dibuang batang tadi ke     atas dulang pembakar dengan arah cendawan kebawah. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke dalam cendawan.   Sudukan inti daging tadi. Dan taburkan keju diatasanya.
7.     Bakar pada suhu 150 ke 180 darjah selsius selama 40 minit ke satu jam.
8.     Sedia untuk dihidang bersama spageti tadi atau dijadikan lauk sampingan.

Hari ujibakat



Saya bangun seawal 4.30 pagi bagi menyediakan menu dan segala kelengkapan untuk ke ujibakat rancangan reality “Masterchef Malaysia” sesi kedua. Peserta hanya perlu membawa makanan yang telah siap dimasak dan akan menghias makanan di sana.

Jam 7 pagi saya sudah tiba di perkarangan Universiti Taylor’s yang dahulu dikenali sebagai Kolej Taylor’s. Peserta yang beratur untuk mendaftar belum ramai. Dengan perasan berdebar, saya mula beratur untuk mendaftar. Nombor giliran yang saya dapat ialah 22.

Saya tunggu dengan penuh debaran. Pelbagai ragam yang saya nampak. Ada yang membawa bakul besar. Ada yang membawa pelepah daun pokok kelapa. Ada yang menjinjing dulang besar. Saya cuma lihat beg kecil yang saya bawa. Tiba-tiba perasaan mahu tarik diri muncul. Tetapi saya harus sahut cabaran sahabat saya!

Ujibakat tersebut akan memanggil seramai 30 peserta untuk setiap kumpulan dan nama saya termasuk dalam kumpulan yang pertama. Terdapat 3 peringkat ujibakat. Yang pertama peringkat penilaian makanan. Manakala peringkat kedua ialah personaliti, dan peringkat ketiga pula ialah penilaian IQ.



Makanan yang telah siap dihias akan dipersembahkan kepada 3 orang juri. Juri-juri tersebut adalah Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu. Pada peringkat ini, peserta akan diberikan masa selama 45 minit untuk menyediakan dan menghias menu yang dipilih. Terdapat beberapa gelombang ketuhar mikro, pinggan mangkuk, dan beberapa jenis kutleri. Peserta bebas memilih yang mana mereka mahu guna.

Apabila wisel ditiup tanda masa 45 minit telah tamat, para juri akan berjalan dari meja ke meja untuk proses penilaian dari segi persembahan, rasa dan kekemasan pada menu yang dihidang. 3 juri yang hebat itu tiba di meja saya. Chef Jo telah merasa makanan yang saya sediakan sambil mengangguk-angguk dan senyum.


Gambar sempat dirakam melalui tv ketika saya keluar dari pintu dewan ujibakat.

Setelah semua peserta ujibakat kumpulan pertama selesai dinilai, kami diminta berbaris di hadapan dan nama dipanggil seorang demi seorang dan dialihkan ke kiri dan kanan. Chef Jo mengumumkan, bahagian kiri ialah peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Saya berasa seronok sekali kerana berada di bahagian kiri kumpulan! Saya layak ke peringkat seterusnya.

Peringkat kedua lebih mencabar apabila peserta harus bercakap secara langsung depan kamera. Ini adalah titik kelemahan saya. Saya menggeletar sepanjang temuduga di depan kamera. Saya tak mampu berkata seperti biasa. Nasib tak menyebelahi saya apabila saya tak terpilih untuk ke peringkat seterusnya.

Namun bagi saya, menyertai ujibakat rancangan realiti “Masterchef Malaysia” walaupun hanya lepas di peringkat pertama memberikan saya pengalaman yang sangat indah yang boleh saya kenang sampai bila-bila.

2013

Pertengahan tahun 2013 agak manis untuk saya apabila saya dapat menyiapkan tempahan kek kahwin yang pertama. Kek lembap Baldu Merah yang sangat popular ketika itu. Kek setinggi tiga tingkat itu dihiasi dengan fondant biru, putih dan bunga ros hidup serta riben di sekeliling kek.

Saiz kek yang paling bawah ialah 12 inci. Manakala yang tengah ialah 10 inci dan yang atas sekali ialah 8 inci. Berat kesemua kek mencecah 5.6kg! Kek perlu siap dibakar dan dibalut fondan sehari sebelum majlis untuk tujuan mengeringkan fondant. Proses pengeringan fondant memakan masa 24 jam.

Awal pagi, perjalanan membawa kek yang banyak dari Shah Alam ke Bandar Puteri Mahkota amat mencabar! Saya perlu bergerak perlahan kerana risau kek-kek akan bergoyang.

Biasanya harga kek kahwin tiga tingkat bermula dari RM650 ke atas.
Pada tahun 2013 juga, saya mengambil tempahan kek cawan sebanyak 250 cawan untuk pertama kali sebagai buah tangan kepada tetamu di majlis pertunangan kawan saya.

Resepi Air Tangan

Kek Lembap Si Baldu Merah

Bahan-bahan kek:
3/4 cawan minyak kelapa sawit
1 cawan tepung gandum jenama faiza (atau tepung tanpa gluten)
3/4 gula perang
1/4 cup koko (pilihan saya ialah koko Van Houtten)
1/2 cawan susu masam atau yoghurt
1 biji telur bersaiz besar
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil cuka epal jenama Bragg
1/2 sudu kecil esen vanila atau 1 tangkai vanilla bean
2 sudu besar pewarna merah yang dibenarkan atau boleh elak pewarna merah jika tak mahu

Bahan-bahan Susu Masam(cukup untuk 1/2 cawan) :
1 sudu besar cuka epal jenama Bragg
Susu jenaman Farm Fresh
Cara-cara buat buttermilk:
1) Tuang 1 sudu besar cuka epal dlm 1/2 cawan penyukat.
2) Campur susu dalam 1/2 cawan penyukat tadi sampai penuh. Asingkan dlm mangkuk lain. Kacau.
3) Biar 10minit. Ia akan berketul dan pekat.

Bahan-bahan aising:
1 peket 250g krim keju jenama tartura
1/2 cawan mentega asli
3/4 cawan gula aising 

*3/4 cawan= 1/2 cawan + 1/4 cawan


Care-cara buat kek:
1) Ayak tepung, soda bikarbonat, koko, gula ke dalam bekas pengadun adunan. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga semua bahan kering sebati.
2) Dengan kelajuan perlahan, masukkan telur dan minyak pada waktu yang sama. Sebelum minyak habis, masukkan susu masam. 
Nota: Perlu ikut langkah dibawah secara aturan. Jika tidak kek tidak akan menjadi.
-Masukkan minyak dengan ada tali halus dan tak putus.
-Cara masukkan susu masam juga sama seperti minyak.
-Jgn habiskan minyak sebelum masukkan susu masam.
3) Biar adunan di pukul dalam 3 minit. Tukar kelajuan ke sederhana laju.
4) Masukkan esen vanila, putar lagi 1 minit dan masukkan pewarna merah jika menggunakannya.
5) Pada kelajuan sederhana. Pukul 2 minit lg, masukkan cuka epal.
6) Lajukan kelajuan paling tinggi dlm seminit. Adunan nampak berbuih kecik2 n halus.
7) Gliskan loyang menggunakan mentega dan tepuk2 serbuk koko sehingga menutupi seluruh salutan mentega tadi. Berhentikan mesin pengadun. Tuang adunan dalam Loyang 9 inci.
Nota:
-Adunan ini juga boleh digunakan untuk membuat kek cawan.
-Tujuan tepuk koko dan bukan tepung seperti kebiasaannya, kerana kek ni, mengandungi koko dan warna nya agak gelap.
8) Bakar pada suhu berikut. Suhu :
Kek - 175 ke 180 dajah celcius 45 minit. Atau sampai cucuk lidi tak melekat.
Cupcake - 160 dajah celcius 30 - 40 minit. Sampai cucuk lidi tak melekat.

Care2 buat icing :
1) Pastikan krim keju pada suhu bilik.
2) Pukul cream cheese dan mentega asli pada kelajuan paling laju. Pukul sehingga kembang.
4) Tukar kelajuan kepada sederhana. Masukkan gula aising 1 sudu demi 1 sudu.
5) Putarkan pada kelajuan paling laju selama 2 minit.
6) Kek sedia dihias apabila sejuk.

Selamat Mencuba!

2014

Tahun yang mencipta kenangan manis apabila saya terlibat menyediakan kek cawan untuk perlancaran kasut edisi Nana Mahazan iaitu “n by DistroKL”.

Sebanyak 250 biji kek cawan bertemakan belang hitam putih menjadi santapan tetamu pada majlis perlancaran kasut tersebut. Gambar kek cawan saya juga telah dimuat naik ke laman social Instagram artis terkenal itu.

Saya berasa sangat gembira dan lelah yang berbaloi.

Bab 2: Buat Duit Bisnes Gerai.



Dalam bab ini, kita akan fokuskan bagaimana untuk mendapat inspirasi menjadi usahawan gerai dengan pilihan perniagaan yang ada. Perkara ini mudah jika kita tahu selok-belok dan langkah-langkah yang mudah untuk menjana pendapatan tiada had. Kita mampu menjana keuntungan bersih serendah RM500 sehari tertakluk kepada beberapa perkara.

Beberapa contoh perniagaan di gerai yang boleh di ambil ialah:
1.       Apam Balik
2.       Aneka Air balang
3.       Kuih-muih
4.       Aneka nasi
5.       Sate
6.       Ayam percik
7.       Makanan berlauk
8.       Kambing bakar
9.       Aneka gorengan – Nasi goreng, kueytiow goreng, mee goreng
10.     Murtabak dan roti john

Bab ini juga kita akan teliti satu-persatu dokumen yang diperlukan semasa memohon lesen perniagaan bagi memulakan perniagaan gerai.

Pilihan Menu
Untuk ebook kali ini, saya akan kongsikan bagaimana memulakan perniagaan gerai jenis aneka nasi iaitu Nasi Daging Air Asam Kerisik.

Perkara yang akan kita fokus ialah:
1.       Perkakas memasak.
2.       Utiliti lain.
3.       Senarai Bahan Mentah.
4.       Peralatan yang perlu dibawa ke gerai.
5.       Lesen perniagaan.
6.       Modal yang diperlukan.

Perkakas memasak

Saya akan tunjukkan beberapa senarai perkakas yang akan digunakan untuk perniagaan Nasi Daging Air Asam Kerisik. Sasaran jualan kita ialah 100 bungkus.

1.       Periuk nasi
Periuk nasi haruslah yang berkapasiti memasak nasi yang banyak. Jika tiada, boleh menggunakan periuk nasi sederhana besar dan perlu masak berulang kali. Satu periuk nasi sederhana kebiasaannya boleh memasak Nasi Daging maksima sebanyak 15 orang makan.

Kapasiti yang diperlukan untuk sebuah gerai boleh cecah ke 80 bungkus keatas. Maka, sementara mengumpul modal untuk periuk nasi yang lebih besar, nasi hendaklah dimasak sebanyak 6 kali.

Harga untuk periuk nasi yang besar boleh memuatkan 40 bungkus nasi adalah dalam lingkungan RM300 – RM350.

Periuk nasi yang boleh memuatkan 100 bungkus nasi pula adalah dalam lingkungan RM500 – RM600 bergantung kepada jenama.

2.       Kuali merebus daging.

Untuk 10 bungkus daging, kita memerlukan 1 kilogram daging lembu segar. Jadi kita perlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram daging lembu segar untuk 100 bungkus nasi daging.

Kuali yang diperlukan berharga sekitar RM30 keatas.


3.       Tong Nasi saiz besar

Tong nasi bersaiz besar berharga dalam lingkungan RM120 keatas. Satu unit tong nasi boleh memuatkan anggaran 100 bungkus nasi.

4.       Papan pemotong untuk memotong

Harga untuk sepapan papan pemotong dalam RM50. Boleh pakai yang sedia ada dahulu atau beli yang baru.

5.       Mesin pencincang

Alat ini amat berguna untuk mencincang tomato, bawang dan cili untuk air asam kerisik serta bawang dan halia untuk nasi daging. Harga untuk mesin ini sekitar RM100 – RM150. Walaubagaimanapun, terdapat mesin yang berharga hanya RM30. Namun ia tidak tahan lama dan kualiti cincangan tidak memuaskan.


Utiliti dan Lain-Lain

Selain perkakas memasak, utility juga penting.

1.       Pisau memotong daging

Pisau amat penting dalam penyediaan Nasi Daging. Pisau yang tajam dapat menghiris daging dengan nipis. Pisau yang bagus juga akan membantu semasa proses penyediaan makanan di gerai nanti.

Pisau yang berkualiti kebiasaannya berharga ratusan ringgit. Tetapi pisau jenis Chef Knife juga memadai. Harga lebih kurang RM50 kebawah.

2.       Bekas makanan

Bekas makanan akan digunakan untuk menyimpan bahan-bahan dan lauk untuk Nasi Daging dan Air Asam Kerisik.

Bahan yang memerlukan bekas makanan:
a. Bahan hiasan – Salad, Ceri Tomato, Timun
b. Daging
c. Air Asam Kerisik – yang belum dibungkus dan yang dah dibungkus.
d. Bawang goreng

Jumlah bekas yang harus disediakan ialah 6 bekas makanan.

Harga kesemua bekas makanan sekitar RM35 jika di beli di kedai serbaneka Daiso.


3.       Alas Meja.

Alas meja yang cantik mampu menarik perhatian pelanggan. Alas meja yang tebal lebih digalakkan kerana tidak akan terbang jika cuaca angin kuat ketika berniaga. Alas meja yang diperlukan ialah sepanjang 1.2 meter jika menggunakan tikar getah atau material lain yang sesuai untuk dijadikan alas meja.

Harga untuk alas meja sekitak RM20.

4.       Bangku plastik

Bagi saya, bangku plastic amat berguna ketika berniaga. Saya memerlukan 4 buah bangku plastic. 1 untuk meletakkan tong nasi. 2 untuk duduk. Manakala lagi 1 untuk kecemasan.

5.       Khemah

Harga khemah berbeza bergantung kepada jenis, saiz dan kedai yang mejual. Harga untuk khemah sekitar RM180 – RM250

6.       Meja niaga

Harga Meja niaga juga bergantung pada jenis.

Meja lipat = RM50
Meja banquet = RM80
Meja kayu dan kaki besi = Ikut saiz. Sekitar RM80 – RM150

7.       Lampu USB

Selain mengguna penjana elektrik untuk menjana peralatan elektrik dan lampu, lampu USB ini amat menjimatkan kos. Sebagai peniaga Nasi Daging Air Asam Kerisik, kita tidak memerlukan penjana elektrik. Malah, kita hanya memerlukan lampu jika ingin berniaga dari waktu tengahari ke malam.

Lampu USB ini boleh dibeli di laman sesawang pusat membeli dalam talian Shopee atau Lazada.

8.       Pembungkus makanan

Harga untuk pembungkus makanan yang biasa ialah antara RM12 – RM16 untuk 100 pembungkus makanan.

Namun jika inginkan pembungkus makanan yang lebih hipster dan lebih trendy, boleh menggunakan kotak makanan tetapi harganya sedikit mahal antara RM30 – RM45 untuk 50 kotak makanan. Antara kelebihannya:
- Boleh tampal stiker
- Lebih cantik dari segi persembahan
- Lebih kemas dan teratur

Manakala kekurangannya adalah:
- Mahal
- Diperbuat dari kertas, oleh itu senang lembik jika makanan panas dan berwap.
- Tidak tahan bebanan dan lasak.


9.       Plastik pembungkus air asam kerisik

10.   Getah

11.   Banner atau Bunting menu makanan.

Harga untuk banner atau bunting bergantung juga kepada saiz. Harga yang biasa antara RM30 – RM45.




Senarai Bahan Mentah.

Senarai bahan mentah yang lengkap untuk memulakan gerai Nasi Daging Air Asam Kerisik. Sasaran kita ialah untuk 100 bungkus. Anggaran harga seperti berikut.

Bahan Kering
1.       10kg beras – RM26
2.       1kg rempah kurma – RM19.90
3.       1kg gula merah – RM4
4.       Garam pink – RM3
5.       Kerisik – RM9.90
6.       Minyak sapi – RM49
7.       Mentega – RM15
8.       Minyak masak kelapa sawit – RM29.90
9.       Susu krim penuh – RM6
10.   Rempah kasar: Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih – RM20
11.   Pes asam jawa - RM
12.   Puri tomato – RM4
13.   Cili sos – RM4
14.   Belacan (jenama Muzalifah) – RM4.20

Bahan basah
1.       11kg Daging – RM28 x 11 = RM308
2.       Bawang besar – RM2.80
3.       Bawang putih – RM6
4.       Halia – RM3
5.       Tomato – RM8
6.       Daun pandan – RM2
7.       Cili padi hijau – RM7.90
8.       Tomato ceri untuk hiasan – RM8
9.       Salad untuk hiasan – RM10
10.   Timun untuk hiasan – RM7

Peralatan yang perlu dibawa ke gerai.

Saya akan senaraikan panduan beberapa barang keperluan dan kelengkapan yang perlu di bawa ke gerai. Namun, senarai ini adalah sebagai panduan secara kasar dan asas. Ia berbeza mengikut keperluan individu.

1.       Khemah
2.       Meja
3.       Bangku
4.       Alas meja
5.       Banner atau bunting nama menu makanan
6.       Tong nasi – beserta nasi
7.       Daging
8.       Air asam kerisik
9.       Bahan hiasan – salad, tomato ceri, hirisan timun
10.   Papan pemotong (Landas)
11.   Bawang Goreng
12.   Plastik pembungkus air asam kerisik
13.   Senduk untuk air asam kerisik
14.   Getah
15.   Pembungkus makanan
16.   Plastik
17.   Plastik sampah
18.   Bekas mengisi duit
19.   Resit, bagi yang memerlukan
20.   Buku untuk merekod jualan

Lesen Perniagaan.

Jika ingin memulakan perniagaan di bazar atau pasar malam, kita memerlukan beberapa dokumen bagi mendapatkan lessen perniagaan ataupun permit sementara.

Bagi memohon lesen Majlis Bandaraya Shah Alam, borang boleh di ambil di tingkat 13, Bangunan MBSA, Shah Alam

Borang yang telah lengkap diisi, boleh diserahkan di Kaunter Jabatan Perlesenan tingkat 13, Bangunan MBSA.

Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah disertakan bersama 1 salinan dokumen yang lengkap bagi setiap dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan.

Dokumen-dokumen ini penting bagi kelulusan lessen perniagaan. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu ada.
1.       Salinan Kad Pengenalan pemohon individua tau bersama
2.       Salinan perndaftaran perniagaan (SSM)
3.       Salinan pengesahan tempat tinggal (bil air/elektrik/cukai pintu)
4.       Salinan gambar lokasi dari setiap sudut.

Terdapat beberapa syarat untuk memohon iaitu:
1.       Bayaran sebanyak RM10 harus dijelaskan ketika menghantar borang permohonan di kaunter
2.       Pemohon mestilah warganegara Malaysia erumur 18 tahun dan keatas sahaja akan dipertimbangkan.
3.       Proses kelulusan tapak bergantung kepada kekosongan tapak/petak
4.       Pemilihan juga berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis.
5.       Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
6.       Permohonan dianggap gagal dan tidak berjaya sekiranya tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak Majlis dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh memohon.
7.       Permohonan yang berjaya akan di beritahu melalui surat rasmi. 

Selepas permohonan berjaya dan pemohon telah dimaklumkan melalui surat, bayaran lesen perniagaan perlu dijelaskan dalam masa 14 hari dari Tarikh surat kelulusan.

Modal.

Terdapat dua perkara apabila kita menyebut tentang modal. Yang pertama, Modal perniagaan. Manakala yang kedua ialah Modal Insan.

Perkara yang agak sukar untuk dicari ialah modal insan. Bagaimana kita perlu mengekalkan momentum semangat berniaga kerana sebagai peniaga, kita bukan sahaja perlu kuat dari segi fizikal. Apa yang paling penting ialah emosi, rajin sentiasa, sabar menghadapi risiko, dan perlu bijak mengawal emosi ketika marah, penat, kecewa malah putus asa. Menjadi peniaga gerai, mengajar saya bahawa kita kadangkala perlu membuang terus perasaan malu untuk bercakap dan menyapa pelanggan. Tetapi tetap berpada dan berlandaskan syariat Islam. Wajah perlu sentiasa senyum mesra kerana kita bakal berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan.


Modal perniagaan.
Jika kita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di gerai, kita hanya perlu menggunakan modal sendiri. Namun, saya akan senaraikan beberapa jabatan dan badan yang ada menyediakan pinjaman untuk perniagaan sendiri. Terdapat pelbagai bantuan perniagaan yang ada disediakan oleh kerajan dan syarikat perbankan. Antara pinjaman yang boleh dilakukan adalah melalui:

1.       Modal sendiri.
2.       Prosper PUNB.
3.       Superb Teraju (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera)
4.       Dana Teras Teraju.
5.       Pinjaman Perniagaan MARA
Majlis Amanah Rakyat atau MARA ada menyediakan beberapa skim pinjaman. Antaranya ialah:
a.       Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
b.       Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
c.       Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
d.       Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
e.       Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
f.        MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
g.       Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
6.       Tekun Nasional.
Pinjaman yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Terdapat beberapa skim pinjaman di bawah Tekun Nasional iaitu:
a.       Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
b.       Skim Pembiayaan Teman TEKUN
c.       Skim Pembiayaan Program TemanNita
d.       Skim Pembiayaan Kontra-i
e.       AR-RAHNU TEKUN
7.       Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan pinjaman perniagaan sehingga RM20,000. AIM juga menyediakan beberapa jenis skim pinjaman dengan syarat tertentu. Skim pinjaman seperti berikut:
a.       Mesra
b.       Srikandi
c.       Wibawa
d.       Sejahtera
e.       Bestari
f.        Penyayang
g.       Emas

Modal Sendiri

Kita akan membuat perkiraan jika menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan gerai.

No
Barang
Kuantiti
RM/kg
RM
Peralatan memasak
1
Periuk nasi
1
-
350
2
Kuali merebus daging.
1
-
35
3
Tong Nasi saiz besar
1
-
120
4
Papan pemotong untuk memotong
1
-
50
5
Mesin pencincang
1
-
100
Utiliti dan Lain-lain
6
Pisau memotong daging
1
-
20
7
Bekas makanan
6
6
36
8
Alas Meja.
1.2
10
12
9
Bangku plastik
4
4.90
19.60
10
Khemah
1
-
180
11
Meja niaga
1
-
80
12
Lampu USB
1
-
18
13
Pembungkus makanan
1
-
15.90
14
Plastik pembungkus air asam kerisik
1
-
2.30
15
Getah
1
-
14.30
16
Banner atau Bunting menu makanan.
1
-
30
Bahan Kering
17
Rempah kurma
0.4 g
19
7.60
18
Gula merah
0.5 g
4
2
19
Garam pink
1 paket
-
3
20
Kerisik
100 g
-
2.30
21
Minyak sapi
1 tin
-
15
22
Mentega
1 buku
-
8.90
23
Minyak masak kelapa sawit
1 liter
-
12.90
24
Susu krim penuh
1 kotak
-
6
25
Kulit kayu manis
0.3 g
5
1.50
26
Bunga lawang
0.3 g
2.90
0.90
27
Buah pelaga
0.3 g
11
5.50
28
Cengkih
0.3 g
2.90
0.90
29
Pes asam jawa
0.5 g
19
9.5
30
Puri tomato
1 tin
-
4
31
Cili sos
1 botol
-
2.50
32
Belacan (jenama Muzalifah)
1 kotak
-
4.20
Bahan Basah
33
Daging
10 kg
28
280
34
Bawang besar
0.5 kg
2.30
1.20
35
Bawang putih
0.2 kg
6.99
1.40
36
Halia
0.2 kg
4.99
1
37
Tomato
2 kg
2.99
5.90
38
Daun pandan
1 ikat
-
1
39
Cili padi hijau
0.2 g
7.99
1.60
40
Tomato ceri untuk hiasan
3 paket
1.99
5.90
41
Salad untuk hiasan
3 kg
1.50
6

TOTAL
1473.80

Modal akhir yang diperlukan adalah sebanyak RM1504.60. Namun, modal ini bergantung kepada keperluan masing-masing.

Untuk permulaan perniagaan secara kecil-kecilan, kita haruslah bijak membuat pilihan dan membanding harga bagi mengelakkan kerugian di masa akan datang.

Peralatan pula kita boleh menaiktaraf dari masa ke semasa. Apa yang penting ialah mendirikan sebuah tapak perniagaan yang kukuh dan dikenali pelanggan.

Kos dan keuntungan.

Seterusnya kita akan kira keuntungan bersih dari 100 bungkus.

Untuk mengira keuntungan bersih kita harus asingkan dahulu aset dan bahan mentah dari modal yang telah disenaraikan awal tadi.

Senarai aset dan harga adalah seperti berikut:

No
Barang
Kuantiti
RM/kg
RM
Aset (Peralatan memasak)
1
Periuk nasi
1
-
350
2
Kuali merebus daging.
1
-
35
3
Tong Nasi saiz besar
1
-
120
4
Papan pemotong untuk memotong
1
-
50
5
Mesin pencincang
1
-
100
6
Pisau memotong daging
1
-
20
7
Bekas makanan
6
6
36
8
Alas Meja.
1.2
10
12
9
Bangku plastik
4
4.90
19.60
10
Khemah
1
-
180
11
Meja niaga
1
-
80
12
Lampu USB
1
-
18
Bahan Pemasaran
1
Banner atau Bunting menu makanan.
1
-
30

TOTAL
1050.60

Jumlah aset ialah RM1050.60. Jadi kos untuk bahan mentah adalah seperti berikut:

RM1473.80 – RM1050.60 = RM423.20

Ini bermakna harga kos untuk bahan mentah sebanyak 100 bungkus Nasi Daging Air Asam Kerisik ialah sebanyak RM423.20.

Jika dibahagikan 100 bungkus, kita akan mendapat harga kos untuk sebungkus nasi.

Maka,
RM423.20 / 100 = RM4.23/sebungkus.


Antara kos lain yang perlu dititik beratkan ialah:
1.       Kos pekerja – 2% dari kos sebungkus
2.       Kos Utiliti – Elektrik, Air – 2 % dari kos sebungkus

Jumlah keseluruhan sebungkus Nasi Daging Air Asam Kerisik ialah RM4.39.

Harga Nasi Daging Air Asam Kerisik di pasaran ialah RM11 keatas. Jika sebungkus nasi dijual pada harga RM8.80, keuntungan yang kita dapat masih ialah 50%.