2017
"Wahai orang2 yang beriman,
Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang
salah (tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa: 29)
Saya
mengambil keputusan untuk melebarkan lagi meja niaga ke Bazar Ramadhan. Kami
mula pada tahun 2017. Kami tiada pengalaman berniaga bazar. Apa yang perlu
disediakan juga, tiada! Kami tiada khemah, meja, tong ais, tong gas simpanan,
dapur mudah alih untuk menggoreng. Malah kami tiada menu yang boleh dijual.
Apatah lagi memikirkan anak kami yang masih kecil. Umar berumur setahun
sebulan, masih menyusu dan saya sedang mengandung anak kedua. Usia kandungan
ketika itu 7 bulan. Tapi semangat dan keghairahan mengatasi segalanya. Kami
usaha terus usaha. Saya kentalkan hati.
Perlahan-lahan
kami mula dengan khemah dan meja terpakai. Kemudian tong ais. Malangnya agak
sukar untuk kami jumpa barang-barang ini dengan harga yang sepadan. Jadi kami
buat keputusan untuk beli yang baru memandangkan perbezaan harga yang tipis.
Menu
kami ketika itu ialah Nasi Mentega bersama Ayam Goreng Daun Pandan. Dihidang
sekali bersama sos kicap dan sambal berlada istimewa. Harga yang kami jual
hanya RM5 sebungkus. Kami mula operasi pada jam 4.30 petang sehingga waktu
berbuka.
Pelanggan
kami berbilang kaum. Cina, India, Melayu, Tua, Muda. Ramai pelanggan yang
menjadi pelanggan tetap, hari-hari mencari nasi kami.
Ada
hari cerah, ada hari mendung, ada hari hujan, ada hari ribut. Kami tetap
gagahkan diri. Itu lah cabaran utama kami selain melayan karenah anak kami
sepanjang berniaga.
Rahsia air tangan.
“Boleh
tak saya dapatkan resepi ayam goreng daun pandan ini?”, Ada beberapa pelanggan bertanya. Alangkah gembiranya hati
saya bila pelanggan bertanya resepi air tangan saya.
“Ada!
Ada! Tapi kena ikut turutan. Kalau tak rasanya tak sama”.
Kelebihan
menu ini terletak pada sambal berladanya. Rasa tulen pedas berlemak bersama
bawang besar yang digoreng, diselang-selikan rasa manis yang cukup unik.
Membuatkan pelanggan kembali dengan permintaan;
“Sambal
lebih boleh, kak?”
Dengan
senyuman saya akan membungkus sambal lebih sesudu. Puas !
Resepi Nasi Mentega Ayam Goreng
Pandan Istimewa
Nasi
Mentega
Bahan-bahan:
2
pot beras dibasuh bersih dan tos
1
sudu besar mentega asli
1
sudu besar minyak sapi
1
sudu besar garam pink himalaya
1
ikat daun pandan
Air
secukupnya
Cara-cara:
1) Basuh beras dan toskan
air.
2) Masukkan kesemua
bahan.
3) Sukat air dan tanak
nasi.
4) Setelah nasi masak,
siap untuk dihidang
Ayam
Goreng Daun Pandan
Bahan-bahan:
1
ekor ayam dipotong sepuluh
1
setengah sudu serbuk ketumbar
1
sudu besar biji ketumbar dikisar kasar
3
sudu besar serbuk kunyit
2
sudu besar tepung jagung
2
sudu besar kicap
2
sudu besar gula merah
10
helai daun pandan bersaiz lebar
10
batang lidi untuk cucuk
Minyak
secukupnya untuk menggoreng
Bahan
kisar:
4
batang serai dipotong 2 inci Panjang
1
biji bawang besar
2
inci halia
2
ulas bawang putih
Cara-cara:
1. Basuh ayam
dengan bersih
2. Taburkan garam
dan ratakan keseluruhan ayam.
3. Lumurkan bahan
kisar sehingga sekata.
4. Masukkan serbuk
ketumbar dan biji ketumbar yang telah dikisar kasar. Gaul rata.
5. Masukkan serbuk
kunyit dan gaul lagi.
6. Masukkan gula
dan kicap. Selepas gaul rata, masukkan tepung jagung dan gaul lagi hingga
sekata.
7. Basuh daun
pandan.
8. Balut ayam
dengan daun pandan. Pastikan balutan dengan kemas supaya tidak terburai ketika
menggoreng. Matikan balutan dengan menyucuk lidi.
9. Perap 1 jam.
10. Panaskan minyak. Goreng daun kari
terlebih dahulu sehingga naik bau.
11. Masukkan ayam dan goreng sehingga
garing menggunakan api sederhana.
12. Setelah garing, angkat dan toskan
minyak. Siap untuk dihidang.
Sos
kicap
Bahan-bahan:
1
senduk Sos karamel asli
3
sudu besar gula perang
2
sudu besar gula melaka
1
sudu kecil garam pink himalaya
1
½ cawan air
1
½ sudu besar tepung jagung untuk memekatkan kuah
Cara-cara:
1. Panaskan air.
2. Masukkan semua
bahan. Biar sehingga mendidih.
3. Campurkan tepung
jagung dengan sedikit air.
4. Tuang ke dalam
kicap sambal kacau laju untuk mengelakkan dari berketul*.
5. Siap untuk
dihidang.
*Tips:
Jika berketul, boleh kisar dengan menggunakan pengisar.
Sambal
Berlada
Bahan-bahan:
6
batang cili merah
3
batang cili padi merah
1
ulas bawang besar size sederhana
2
sudu besar gula perang
1
sudu kecil garam pink himalaya
Minyak
untuk menggoreng
Cara-cara
1. Tumis bawang dan
cili sehingga layu.
2. Kisar antara
kasar dan halus.
3. Panaskan atas
api lagi.
4. Masukkan gula
dan garam. Kalau tak cukup gula dan garam, boleh tambah lagi.
5. Sedia untuk
dihidang.
2018
Cabaran
demi cabaran!
Kami
berniaga di Bazar Ramadhan Bersama dua anak kecil. Anak sulung ketika itu
berumur 2 tahun 1 bulan. Anak kedua kami, Nuha berumur 9 bulan. Kami bersama-sama
menyahut cabaran seterusnya dengan berniaga di Bazar Ramadhan dari jam 5 petang
sehingga waktu berbuka sekitar 7.30 malam.
Kali
ini menu yang disajikan ialah Nasi Daging dan Air Asam Kerisik bersama salad.
Kami memilih menu ini kerana pada saya ia agak mudah untuk disediakan
memandangkan waktu penyediaan juga tidak memakan masa. Saya hanya perlu merebus
daging di waktu pagi dan menyediakan air asam kerisik. Saya akan masak nasi pula
pada pukul 3 petang.
Setelah
selesai segala persiapan, kami akan ke tapak bazar selepas waktu Asar. Semua
peniaga yang lain sampai seawal 3 petang. Ramai pelanggan tetap akan tunggu
sehingga kami selesai buka khemah dan menghidangkan nasi. Kerja kami tak
berhenti dari pukul 5 petang sampai habis. Kebiasaannya jualan kami akan habis pada
pukul 6 petang. Kami akan kemas dan tutup khemah.
Selesai
mengemas, lebih kurang jam 7 petang, kami akan berbuka puasa di tempat lain. Setelah
selesai berbuka, kami akan terus ke pasaraya borong untuk membeli bahan mentah
untuk jualan keesokan hari.
Impian tercapai
Tidak dinafikan setiap peniaga mempunyai
impian untuk menaiktaraf perniagaan sedikit demi sedikit ke tahap yang
seterusnya. Begitu juga kami. Kami menggunakan perkakas elektrik yang mempunyai
kapasiti yang sangat minima. Seperti contoh, periuk nasi, kuali merebus daging.
Malah kami tidak mempunyai tong nasi ketika mula-mula berniaga dulu.
Kami menaiktaraf perkakas memasak kami
sedikit demi sedikit. Bermula dengan periuk nasi, kemudian mesin pencincang, rak
untuk menyimpan bahan mentah sehingga ke bekas makanan dan pisau memotong.
Impian kami tercapai apabila kami dapat
menaiktaraf periuk nasi kami. Kali ini kami dapat masak untuk 40 bungkus
sekaligus 1 periuk. Jadi kami hanya perlu masak 2 kali sahaja berbanding
sebelum ini.
Cabaran menyiapkan
juadah jualan dan menyusu.
Setiap
ibu yang menyusu pasti tahu bagaimana rasanya apabila mengejarkan kehendak anak
yang sedang lapar. Ditambah pula dengan tugasan harian. Namun itu tidak
mematahkan semangat saya untuk terus bekerja dari rumah sambil menyusu.
Anak
kedua saya, Nuha ketika itu berumur 9 bulan dan masih menyusu sepenuhnya kerana
saya belum mula perkenalkan makanan kepadanya. Setiap dua ke tiga jam saya akan
berhenti dari semua kerja dan fokus dengan penyusuan. Saya akan menyusu Nuha
dari awal pagi selepas selesai mandi. Kebiasaannya Nuha akan mengambil masa
setengah jam ke satu jam untuk satu sesi.
Kami
mula kerja untuk penyediaan juadah jualan pada jam 12 tengah hari. Saya akan
mulakan tugas dengan memasak nasi daging manakala suami saya akan menyediakan
air asam kerisik. Selepas penyediaan selesai, saya akan sambung untuk menyusu
sehingga sebelum kami bertolak ke tapak bazar pada pukul 4.30 petang.
Cabaran
sebenar bermula di tapak bazar apabila kami mempunyai pelanggan yang ramai dan
bertindih dengan waktu penyusuan Nuha. Ketika ini saya akan menenangkan dan
cuba mengambil alih perhatian Nuha kepada sesuatu sehingga kami selesai
berniaga pada jam 7.30 petang. Ada waktu Nuha mampu tenang sehingga habis
berniaga. Ada waktu Nuha menangis semahunya minta di dukung.
Apabila
keadaan diluar kawalan, saya akan mendukung Nuha di dalam baby carrier sehingga
habis berniaga. Nuha akan lebih tenteram di dalam baby carrier.
Cabaran membawa dua
anak kecil semasa berniaga
Pada
tahun 2017, kami berniaga dengan seorang anak. Tetapi pada tahun 2018, kami
berniaga Bersama dua orang anak berumur dua tahun ke bawah.
Cabaran
pertama apabila anak sulung kami tidak mahu duduk diatas kerusi tinggi. Kami
tidak membenarkan anak kami berjalan atau duduk di bawah ketika kami berniaga
kerana kami tidak mampu mengawal pergerakan mereka. Jadi kami mengambil
keputusan untuk meletakkan mereka di kerusi tinggi.
Kami
perlu mengekalkan momentum seronok bermain kepada anak-anak kami sepanjang
tempoh 3 jam berniaga. Waktu yang singkat berlalu terlalu lama untuk anak
sekecil ini. Walaupun kami sibuk melayan pelanggan, kami akan sentiasa melayan
mereka. Berniaga sambil menyanyi dan menari:
Seekor
labah-labah,
Cuba
panjat perigi,
Bila
hujan turun,
Labah
cepat lari.
Terbit
matahari,
Air
tiada lagi,
Labah-labah
cuba panjat,
Sekali
lagi.
YEAYY!
Kami
akan bawa mainan dan akan beri mainan kepada mereka mengikut aturan. Jika
mereka sudah bosan dengan mainan yang pertama, kami akan beri mainan yang kedua
dan seterusnya. Hari-hari kami di tapak bazar berlalu dengan penuh mainan
bertaburan di atas jalanraya kerana mereka akan jatuhkan mainan apabila mereka
bosan.
Ada
pelanggan yang tolong kutip. Ada pelanggan yang akan sama melayan mereka. Ada
juga yang berkata.
“Kesian.
Kecil-kecil dah ikut berniaga”
Tak
kurang juga ada yang memuji.
“Baiknya
anak berdua ni nak duduk di kerusi tinggi. Anak saya meraung-raung.”
“Elok
saja diam duduk belakang Ibu Ayah.”
Tiba-tiba,
PANGGG! Umar mencampak kereta merata tempat. Kami hanya menggeleng kepala dan
senyum kepada pelanggan.
Resepi Asli Nasi Daging dan Air Asam
Kerisik
Siapa
orang utara, angkat tangan! Bapa saya berasal dari Taiping, Perak. Saya tidak
tahu beliau sukakan Nasi Daging sehingga saya masakkan untuk beliau. Mana-mana
orang utara pasti gemarkan nasi daging dicicah bersama air asam kerisik. Rasa
masam pedas air asam kerisik pasti membuatkan air liur kecur. Pada tahun 2017,
Kakak saya telah memberi saya satu buah fikiran untuk menjual nasi daging.
tetapi saya tiada keyakinan ketika itu.
Pada awal bulan April 2018, saya mengambil keputusan untuk cuba menjual nasi daging sebagai menulunchbox dan ia mendapat sambutan yang luar biasa.
Jadi dari situ lah bermulanya idea untuk menjual nasi daging sebagai juadah utama menu untuk dijual di bazar ramadhan tahun ini.
Pada awal bulan April 2018, saya mengambil keputusan untuk cuba menjual nasi daging sebagai menulunchbox dan ia mendapat sambutan yang luar biasa.
Jadi dari situ lah bermulanya idea untuk menjual nasi daging sebagai juadah utama menu untuk dijual di bazar ramadhan tahun ini.
Resepi
Nasi Daging dan Air Asam Kerisik
Nasi
Daging
Daging
1
kg Daging lembu segar
1
sudu rempah kurma
1
sudu besar gula merah
1
sudu besar garam pink Himalaya
Air
secukupnya
Cara-cara:
1. Bersihkan daging
lembu
2. Panaskan air
didalam periuk
3. Masukkan semua
bahan.
4. Rebus daging
selama 2 jam setengah.
5. Angkat daging
dan toskan air.
6. Kita akan
gunakan air rebusan daging untuk memasak nasi.
Nasi
Bahan-bahan:
5
pot beras yang telah dibasuh dah ditos
2
sudu besar minyak sapi
1
sudu besar mentega
2
sudu minyak kelapa sawit
6
sudu besar rempah kurma
½
cawan santan atau susu full cream
1
½ sudu gula merah
1
½ sudu besar garam pink himalaya
Air
rebusan daging secukupnya
Air
secukupnya
Bahan
tumis:
1
biji bawang besar dimayang
3
ulas bawang putih dihiris
1
inci halia dihiris halus
1
biji tomato dipotong enam
1
batang kulit kayu manis
5
biji buah pelaga
5
biji bunga cengkih
5
biji bunga lawang
3
ikat daun pandan
Cara-cara:
1. Panaskan minyak
sapi, mentega dan minyak masak.
2. Tumis bahan
tumis sehingga bawang menjadi perang.
3. Masukkan serbuk
rempah kurma. Kecilkan api. Gaul sehingga naik bau.
4. Masukkan air
sedikit demi sedikit. Tumis rempah sehingga pecah minyak.
5. Masukkan gula
dan garam. Gaul sebati.
6. Matikan api.
7. Masukkan rempah
tumis tadi ke dalam periuk nasi. Gaulkan dengan beras yang telah dibasuh dan
ditos air.
8. Masukkan
santan/susu. Gaul sebati
9. Masukkan air
rebusan daging sehingga menutupi seinci dari paras beras
10. Selebihnya sukat air seperti biasa
dengan menggunakan air.
11. Masukkan hirisan daging.
12. Masak nasi seperti biasa.
Air
Asam Kerisik.
Bahan-bahan(Untuk
2 orang makan):
3
biji tomato bersaiz besar dipotong dadu
1
biji bawang besar bersaiz besar dipotong dadu
5
batang cili padi merah hijau (Jika mahu pedas lagi boleh tambah)
4
sudu besar pes asam jawa
2
sudu besar sos cili
2
sudu besar puri tomato
1
sudu besar kerisik
Sedikit
belacan
½
sudu kecil garam pink himalaya
1
cawan Air rebusan daging
Cara-cara:
1. Campurkan
belacan, garam, gula, kerisik, tomato puree, sos cili, pes asam jawa Bersama
air rebusan daging. Kacau sebati.
2. Masukkan tomato,
bawang dan cili.
3. Gaulkan dan
simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.
Ujian Dengki
Pelanggan
kami terdiri dari penduduk setempat, rakan-rakan, serta rakan-rakan alam maya
yang selalu menyokong. Setiap hari mesti rakan-rakan akan datang untuk membeli
juadah yang kami jual. Selain Nasi Daging, kami ada juga menjual lontong,
rendang daging, dendeng daging dan bubur lambuk setiap hari.
Ada
rakan yang akan pesan terlebih dahulu kerana takut kehabisan sewaktu mereka
tiba. Ramai juga rakan-rakan yang selang minggu pasti datang.
Setiap
hari kami akan mula berniaga jam 4.30 petang dan akan habis jam 6.30 petang.
Kadang-kadang cuaca cerah, makanan kami akan habis jam 6 petang. Untung bersih
sekitar RM200 – RM250.
Namun,
cuaca tak selalu cerah, sahabat peniaga tak selalu senyum. Seorang rakan alam
maya menghantar pesanan ringkas kepada saya untuk mengambil nasi daging. Beliau
melalui jalan sepanjang bazar namun gerai kami tak kelihatan, sedangkan gerai
kami berada di tempat lapang dan di awal jalan. Beliau melalui tempat itu tiga
kali gerai kami tetap tidak kelihatan. Beliau datang kembali keesokkan hari.
Namun bukan rezekinya, gerai kami tetap tidak kelihatan.
Ada
hari yang mendung, kami tidak dapat menghabiskan makanan kami kerana pelanggan
seperti melalui sahaja depan gerai kami.
Selepas
dari kejadian itu, sebelum memulakan berniaga kami akan membaca ayat Qursi
terlebih dahulu.
Permainan perniagaan.
Di
dalam perniagaan itu sendiri terdapat pelbagai permainan. Jika kita buta, maka
kita akan terus kalah. Ternyata jika kita menjadi terlalu jujur dan baik di
dalam perniagaan, ada yang memerhati dan ada yang mendengki.
Tetapi
dalam Islam itu sendiri mengajar kita agar amanah dalam perniagaan. Sentiasa
jujur dan bertanggungjawab. Tapi kita harus bijak supaya diri kita tak dipijak
dan ditindas sewenangnya.
Manisnya Ramadhan
Manis. Betapa
manisnya Ramadhan di bazaar. Bertukar juadah di saat akhir. Kami amat mengambil
berat di antara peniaga.
“Bang!
Ada plastic kecil merah extra tak? Esok saya ganti”
“Kak,
ada duit tukar tak?”
“Pakcik!
Air jagung satu, ikat tepi. Buka kang amek”
“DAH
AZANNNNN! Jemput makan!”
“Bang,
ni ada bubur lambuk untuk abang.”
“Kalau
ada customer datang nak beli, yang ni RM6 tau. Saya nak solat
kejap”
Kami
semua ibarat satu keluarga yang besar dan saling lengkap-melengkapi antara satu
sama lain. Kami tidak berkira dengan sesiapa. Air dihulur, makanan dibalas. Ada
saja yang memberi makanan dan minuman percuma setiap hari.
Pernah
satu kejadian, saya sedang menunaikan solat Asar. Tiba-tiba hujan turun terlalu
lebat sekali lalu. Suami saya berlari dan memayungkan saya ketika solat. Jiran
peniaga kami mengambil alih dan melayan pelanggan kami dengan begitu jujur.
Suasana
manis yang tak akan dilupakan sampai bila-bila
Istimewanya Terasa
Selain
juadah utama yang kami sediakan, kami juga menyediakan juadah sampingan iaitu
bubur lambuk. Ada hari kami beri percuma. Ada hari kami jual RM4 sebekas. Ada
hari pelanggan beli dan bayar untuk kami agihkan secara percuma.
Ada
suatu hari, saya tidak sempat memasak bubur lambuk. Ramai pelanggan datang dan
bertanyakan tentang bubur lambuk. Kami terpaksa memohon maaf kerana tak sempat
menyiapkan juadah kegemaran ramai itu. Tetapi apa yang saya terharu, ada
seorang pelanggan cerita. Anaknya hanya mahu bubur lambuk dari gerai kami
sahaja. Anak pelanggan itu tak mahu bubur lambuk gerai lain jika bubur lambuk
kami tiada.
Sejak
itu, saya cuba sediakan bubur lambuk setiap hari untuk pelanggan-pelanggan
tetap saya.
Resepi bubur lambuk (Cukup untuk
10-15 orang)
Bahan A
4
cawan beras dibasuh bersih dan direndam 30 minit
½
kg daging segar direbus dan diracik atau potong halus
Air
rebusan daging
1
batang carrot potong dadu
1
biji kentang potong dadu
2
sudu besar rempah kurma
3
ikat daun pandan
Bahan
lain:
½
cawan udang kering yang di kisar
1
biji santan kelapa
1
sudu besar gula merah
Garam
pink secukupnya
Beberapa
tangkai daun ketumbar
Daun
bawang
Rempah
(sangai semua tanpa minyak sehingga naik bau):
2
batang kulit kayu manis
10
biji bunga lawing
15
biji bunga cengkih
6
biji buah pelaga
2
sudu kecil halba
2
sudu kecil lada hitam biji
½
sudu kecil jintan manis
½
sudu kecil jintan putih
½
sudu kecil biji ketumbar yang dikisar
Cara-cara:
1. Didalam periuk
yang berisi air rebusan daging, rebus bahan A sehingga empuk dan beras sebati.
2. Masukkan rempah
dan dan udang kering. Biar rebus lagi. Jika kurang air, tambahkan lagi air.
3. Masukkan gula
dan garam secukupnya.
4. Masukkan daun
ketumbar.
5. Masukkan santan
dan kacau sehingga mendidih. Tips: Masukkan santan akhir sekali untuk elak
santan pecah minyak kerana santan di dalam bubur lambuk tidak boleh dimasak
terlalu lama.
Bahan
untuk gorengan
Minyak
untuk menggoreng
2
inci halia potong batang mancis
2
biji bawang besar di mayang
6-8 ulas bawang putih di hiris
Cara-cara:
1. Panaskan minyak
2. Goreng semua
bahan sehingga perang.
3. Masukkan bahan
gorengan dengan minyak ke dalam bubur lambuk yang dah siap.
4. Bubur lambuk sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment