Dalam
bab ini, kita akan fokuskan bagaimana untuk mendapat inspirasi menjadi usahawan
gerai dengan pilihan perniagaan yang ada. Perkara ini mudah jika kita tahu
selok-belok dan langkah-langkah yang mudah untuk menjana pendapatan tiada had.
Kita mampu menjana keuntungan bersih serendah RM500 sehari tertakluk kepada
beberapa perkara.
Beberapa
contoh perniagaan di gerai yang boleh di ambil ialah:
1. Apam Balik
2. Aneka Air balang
3. Kuih-muih
4. Aneka nasi
5. Sate
6. Ayam percik
7. Makanan berlauk
8. Kambing bakar
9. Aneka gorengan –
Nasi goreng, kueytiow goreng, mee goreng
10. Murtabak
dan roti john
Bab
ini juga kita akan teliti satu-persatu dokumen yang diperlukan semasa memohon
lesen perniagaan bagi memulakan perniagaan gerai.
Pilihan Menu
Untuk ebook kali ini, saya akan kongsikan bagaimana
memulakan perniagaan gerai jenis aneka nasi iaitu Nasi Daging Air Asam Kerisik.
Perkara yang akan kita fokus ialah:
1.
Perkakas memasak.
2.
Utiliti lain.
3.
Senarai Bahan Mentah.
4.
Peralatan yang perlu dibawa ke gerai.
5.
Lesen perniagaan.
6.
Modal yang diperlukan.
Perkakas memasak
Saya akan tunjukkan beberapa senarai perkakas yang
akan digunakan untuk perniagaan Nasi Daging Air Asam Kerisik. Sasaran jualan
kita ialah 100 bungkus.
1.
Periuk nasi
Periuk nasi haruslah yang berkapasiti memasak nasi yang banyak. Jika tiada, boleh menggunakan periuk nasi sederhana besar dan perlu masak berulang kali. Satu periuk nasi sederhana kebiasaannya boleh memasak Nasi Daging maksima sebanyak 15 orang makan.
Kapasiti yang diperlukan untuk sebuah gerai boleh cecah ke 80 bungkus keatas. Maka, sementara mengumpul modal untuk periuk nasi yang lebih besar, nasi hendaklah dimasak sebanyak 6 kali.
Harga untuk periuk nasi yang besar boleh memuatkan 40 bungkus nasi adalah dalam lingkungan RM300 – RM350.
Periuk nasi yang boleh memuatkan 100 bungkus nasi pula adalah dalam lingkungan RM500 – RM600 bergantung kepada jenama.

Kuali merebus daging.
Untuk 10 bungkus daging, kita memerlukan 1 kilogram daging lembu segar. Jadi kita perlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram daging lembu segar untuk 100 bungkus nasi daging.
Kuali yang diperlukan berharga sekitar RM30 keatas.

Tong Nasi saiz besar
Tong nasi bersaiz besar berharga dalam lingkungan RM120 keatas. Satu unit tong nasi boleh memuatkan anggaran 100 bungkus nasi.
Tong nasi bersaiz besar berharga dalam lingkungan RM120 keatas. Satu unit tong nasi boleh memuatkan anggaran 100 bungkus nasi.
4.
Papan pemotong untuk memotong
Harga untuk sepapan papan pemotong dalam RM50. Boleh pakai yang sedia ada dahulu atau beli yang baru.
Harga untuk sepapan papan pemotong dalam RM50. Boleh pakai yang sedia ada dahulu atau beli yang baru.
5.
Mesin pencincang
Alat ini amat berguna untuk mencincang tomato, bawang dan cili untuk air asam kerisik serta bawang dan halia untuk nasi daging. Harga untuk mesin ini sekitar RM100 – RM150. Walaubagaimanapun, terdapat mesin yang berharga hanya RM30. Namun ia tidak tahan lama dan kualiti cincangan tidak memuaskan.

Utiliti dan Lain-Lain
Selain perkakas memasak, utility juga penting.
1.
Pisau memotong daging
Pisau amat penting dalam penyediaan Nasi Daging. Pisau yang tajam dapat menghiris daging dengan nipis. Pisau yang bagus juga akan membantu semasa proses penyediaan makanan di gerai nanti.
Pisau yang berkualiti kebiasaannya berharga ratusan ringgit. Tetapi pisau jenis Chef Knife juga memadai. Harga lebih kurang RM50 kebawah.

Bekas makanan
Bekas makanan akan digunakan untuk menyimpan bahan-bahan dan lauk untuk Nasi Daging dan Air Asam Kerisik.
Bahan yang memerlukan bekas makanan:
a. Bahan hiasan – Salad, Ceri Tomato, Timun
b. Daging
c. Air Asam Kerisik – yang belum dibungkus dan yang dah dibungkus.
d. Bawang goreng
Jumlah bekas yang harus disediakan ialah 6 bekas makanan.
Harga kesemua bekas makanan sekitar RM35 jika di beli di kedai serbaneka Daiso.

Alas Meja.
Alas meja yang cantik mampu menarik perhatian pelanggan. Alas meja yang tebal lebih digalakkan kerana tidak akan terbang jika cuaca angin kuat ketika berniaga. Alas meja yang diperlukan ialah sepanjang 1.2 meter jika menggunakan tikar getah atau material lain yang sesuai untuk dijadikan alas meja.
Harga untuk alas meja sekitak RM20.

Bangku plastik
Bagi saya, bangku plastic amat berguna ketika berniaga. Saya memerlukan 4 buah bangku plastic. 1 untuk meletakkan tong nasi. 2 untuk duduk. Manakala lagi 1 untuk kecemasan.
Bagi saya, bangku plastic amat berguna ketika berniaga. Saya memerlukan 4 buah bangku plastic. 1 untuk meletakkan tong nasi. 2 untuk duduk. Manakala lagi 1 untuk kecemasan.
5.
Khemah
Harga khemah berbeza bergantung kepada jenis, saiz dan kedai yang mejual. Harga untuk khemah sekitar RM180 – RM250
Harga khemah berbeza bergantung kepada jenis, saiz dan kedai yang mejual. Harga untuk khemah sekitar RM180 – RM250
6.
Meja niaga
Harga Meja niaga juga bergantung pada jenis.
Meja lipat = RM50
Meja banquet = RM80
Meja kayu dan kaki besi = Ikut saiz. Sekitar RM80 – RM150
Harga Meja niaga juga bergantung pada jenis.
Meja lipat = RM50
Meja banquet = RM80
Meja kayu dan kaki besi = Ikut saiz. Sekitar RM80 – RM150
7.
Lampu USB
Selain mengguna penjana elektrik untuk menjana peralatan elektrik dan lampu, lampu USB ini amat menjimatkan kos. Sebagai peniaga Nasi Daging Air Asam Kerisik, kita tidak memerlukan penjana elektrik. Malah, kita hanya memerlukan lampu jika ingin berniaga dari waktu tengahari ke malam.
Lampu USB ini boleh dibeli di laman sesawang pusat membeli dalam talian Shopee atau Lazada.

8.
Pembungkus makanan
Harga untuk pembungkus makanan yang biasa ialah antara RM12 – RM16 untuk 100 pembungkus makanan.
Namun jika inginkan pembungkus makanan yang lebih hipster dan lebih trendy, boleh menggunakan kotak makanan tetapi harganya sedikit mahal antara RM30 – RM45 untuk 50 kotak makanan. Antara kelebihannya:
- Boleh tampal stiker
- Lebih cantik dari segi persembahan
- Lebih kemas dan teratur
Manakala kekurangannya adalah:
- Mahal
- Diperbuat dari kertas, oleh itu senang lembik jika makanan panas dan berwap.
- Tidak tahan bebanan dan lasak.

9.
Plastik pembungkus air asam kerisik
10.
Getah
11.
Banner atau Bunting menu makanan.
Harga
untuk banner atau bunting bergantung juga kepada saiz. Harga yang biasa antara
RM30 – RM45.
Senarai Bahan
Mentah.
Senarai bahan mentah yang lengkap untuk memulakan
gerai Nasi Daging Air Asam Kerisik. Sasaran kita ialah untuk 100 bungkus.
Anggaran harga seperti berikut.
Bahan Kering
1.
10kg beras – RM26
2.
1kg rempah kurma – RM19.90
3.
1kg gula merah – RM4
4.
Garam pink – RM3
5.
Kerisik – RM9.90
6.
Minyak sapi – RM49
7.
Mentega – RM15
8.
Minyak masak kelapa sawit – RM29.90
9.
Susu krim penuh – RM6
10.
Rempah kasar: Kulit kayu manis, bunga
lawang, buah pelaga, cengkih – RM20
11.
Pes asam jawa - RM
12.
Puri tomato – RM4
13.
Cili sos – RM4
14.
Belacan (jenama Muzalifah) – RM4.20
Bahan basah
1.
11kg Daging – RM28 x 11 = RM308
2.
Bawang besar – RM2.80
3.
Bawang putih – RM6
4.
Halia – RM3
5.
Tomato – RM8
6.
Daun pandan – RM2
7.
Cili padi hijau – RM7.90
8.
Tomato ceri untuk hiasan – RM8
9.
Salad untuk hiasan – RM10
10.
Timun untuk hiasan – RM7
Peralatan yang
perlu dibawa ke gerai.
Saya akan senaraikan panduan beberapa barang keperluan
dan kelengkapan yang perlu di bawa ke gerai. Namun, senarai ini adalah sebagai
panduan secara kasar dan asas. Ia berbeza mengikut keperluan individu.
1.
Khemah
2.
Meja
3.
Bangku
4.
Alas meja
5.
Banner atau bunting nama menu makanan
6.
Tong nasi – beserta nasi
7.
Daging
8.
Air asam kerisik
9.
Bahan hiasan – salad, tomato ceri, hirisan
timun
10.
Papan pemotong (Landas)
11.
Bawang Goreng
12.
Plastik pembungkus air asam kerisik
13.
Senduk untuk air asam kerisik
14.
Getah
15.
Pembungkus makanan
16.
Plastik
17.
Plastik sampah
18.
Bekas mengisi duit
19.
Resit, bagi yang memerlukan
20.
Buku untuk merekod jualan
Lesen Perniagaan.
Jika
ingin memulakan perniagaan di bazar atau pasar malam, kita memerlukan beberapa
dokumen bagi mendapatkan lessen perniagaan ataupun permit sementara.
Bagi memohon lesen Majlis Bandaraya Shah Alam, borang
boleh di ambil di tingkat 13, Bangunan MBSA, Shah Alam
Borang yang telah lengkap diisi, boleh diserahkan di
Kaunter Jabatan Perlesenan tingkat 13, Bangunan MBSA.
Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah disertakan
bersama 1 salinan dokumen yang lengkap bagi setiap dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan.
Dokumen-dokumen ini penting bagi kelulusan lessen
perniagaan. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu ada.
1.
Salinan Kad Pengenalan pemohon individua
tau bersama
2.
Salinan perndaftaran perniagaan (SSM)
3.
Salinan pengesahan tempat tinggal (bil
air/elektrik/cukai pintu)
4.
Salinan gambar lokasi dari setiap sudut.
Terdapat beberapa syarat untuk memohon iaitu:
1.
Bayaran sebanyak RM10 harus dijelaskan ketika
menghantar borang permohonan di kaunter
2.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia
erumur 18 tahun dan keatas sahaja akan dipertimbangkan.
3.
Proses kelulusan tapak bergantung kepada
kekosongan tapak/petak
4.
Pemilihan juga berdasarkan kepada kriteria
yang telah ditetapkan oleh Majlis.
5.
Semua permohonan akan diproses berdasarkan
prosedur yang ditetapkan.
6.
Permohonan dianggap gagal dan tidak
berjaya sekiranya tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak Majlis dalam masa
tiga (3) bulan dari tarikh memohon.
7.
Permohonan yang berjaya akan di beritahu
melalui surat rasmi.
Selepas permohonan berjaya dan pemohon telah
dimaklumkan melalui surat, bayaran lesen perniagaan perlu dijelaskan dalam masa
14 hari dari Tarikh surat kelulusan.
Modal.
Terdapat dua perkara apabila kita menyebut tentang
modal. Yang pertama, Modal perniagaan. Manakala yang kedua ialah Modal Insan.
Perkara yang agak sukar untuk dicari ialah modal
insan. Bagaimana kita perlu mengekalkan momentum semangat berniaga kerana sebagai
peniaga, kita bukan sahaja perlu kuat dari segi fizikal. Apa yang paling
penting ialah emosi, rajin sentiasa, sabar menghadapi risiko, dan perlu bijak
mengawal emosi ketika marah, penat, kecewa malah putus asa. Menjadi peniaga
gerai, mengajar saya bahawa kita kadangkala perlu membuang terus perasaan malu
untuk bercakap dan menyapa pelanggan. Tetapi tetap berpada dan berlandaskan
syariat Islam. Wajah perlu sentiasa senyum mesra kerana kita bakal berdepan
dengan pelbagai karenah pelanggan.
Modal perniagaan.
Jika kita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di
gerai, kita hanya perlu menggunakan modal sendiri. Namun, saya akan senaraikan
beberapa jabatan dan badan yang ada menyediakan pinjaman untuk perniagaan
sendiri. Terdapat pelbagai bantuan perniagaan yang ada disediakan oleh kerajan
dan syarikat perbankan. Antara pinjaman yang boleh dilakukan adalah melalui:
1.
Modal sendiri.
2.
Prosper PUNB.
3.
Superb Teraju (Skim Usahawan Permulaan
Bumiputera)
4.
Dana Teras Teraju.
5.
Pinjaman Perniagaan MARA
Majlis
Amanah Rakyat atau MARA ada menyediakan beberapa skim pinjaman. Antaranya
ialah:
a. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
b.
Skim Pembiayaan Peningkatan
Perniagaan (SPiM)
c.
Kemudahan Pembiayaan Perniagaan
Kepada OKU
d.
Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan
IPMa (SEMAi)
e.
Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
f.
MARA Entrepreneur Guarantee Scheme
(MEGS)
g.
Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA
– EXIM (GEMS)
6. Tekun
Nasional.
Pinjaman yang disediakan bermula dari
RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Terdapat
beberapa skim pinjaman di bawah Tekun Nasional iaitu:
a. Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
b. Skim Pembiayaan Teman TEKUN
c. Skim Pembiayaan Program TemanNita
d. Skim Pembiayaan Kontra-i
e. AR-RAHNU TEKUN
7.
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan pinjaman perniagaan sehingga RM20,000. AIM juga menyediakan beberapa jenis skim pinjaman dengan syarat tertentu. Skim pinjaman seperti berikut:
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan pinjaman perniagaan sehingga RM20,000. AIM juga menyediakan beberapa jenis skim pinjaman dengan syarat tertentu. Skim pinjaman seperti berikut:
a.
Mesra
b.
Srikandi
c.
Wibawa
d.
Sejahtera
e.
Bestari
f.
Penyayang
g.
Emas
Modal Sendiri
Kita akan membuat perkiraan jika menggunakan modal
sendiri untuk memulakan perniagaan gerai.
No
|
Barang
|
Kuantiti
|
RM/kg
|
RM
|
Peralatan memasak
|
||||
1
|
Periuk nasi
|
1
|
-
|
350
|
2
|
Kuali merebus daging.
|
1
|
-
|
35
|
3
|
Tong Nasi saiz besar
|
1
|
-
|
120
|
4
|
Papan pemotong untuk memotong
|
1
|
-
|
50
|
5
|
Mesin pencincang
|
1
|
-
|
100
|
Utiliti dan Lain-lain
|
||||
6
|
Pisau memotong daging
|
1
|
-
|
20
|
7
|
Bekas makanan
|
6
|
6
|
36
|
8
|
Alas Meja.
|
1.2
|
10
|
12
|
9
|
Bangku plastik
|
4
|
4.90
|
19.60
|
10
|
Khemah
|
1
|
-
|
180
|
11
|
Meja niaga
|
1
|
-
|
80
|
12
|
Lampu USB
|
1
|
-
|
18
|
13
|
Pembungkus makanan
|
1
|
-
|
15.90
|
14
|
Plastik pembungkus air asam kerisik
|
1
|
-
|
2.30
|
15
|
Getah
|
1
|
-
|
14.30
|
16
|
Banner atau Bunting menu makanan.
|
1
|
-
|
30
|
Bahan Kering
|
||||
17
|
Rempah kurma
|
0.4 g
|
19
|
7.60
|
18
|
Gula merah
|
0.5 g
|
4
|
2
|
19
|
Garam pink
|
1 paket
|
-
|
3
|
20
|
Kerisik
|
100 g
|
-
|
2.30
|
21
|
Minyak sapi
|
1 tin
|
-
|
15
|
22
|
Mentega
|
1 buku
|
-
|
8.90
|
23
|
Minyak masak kelapa sawit
|
1 liter
|
-
|
12.90
|
24
|
Susu krim penuh
|
1 kotak
|
-
|
6
|
25
|
Kulit kayu manis
|
0.3 g
|
5
|
1.50
|
26
|
Bunga lawang
|
0.3 g
|
2.90
|
0.90
|
27
|
Buah pelaga
|
0.3 g
|
11
|
5.50
|
28
|
Cengkih
|
0.3 g
|
2.90
|
0.90
|
29
|
Pes asam jawa
|
0.5 g
|
19
|
9.5
|
30
|
Puri tomato
|
1 tin
|
-
|
4
|
31
|
Cili sos
|
1 botol
|
-
|
2.50
|
32
|
Belacan (jenama Muzalifah)
|
1 kotak
|
-
|
4.20
|
Bahan Basah
|
||||
33
|
Daging
|
10 kg
|
28
|
280
|
34
|
Bawang besar
|
0.5 kg
|
2.30
|
1.20
|
35
|
Bawang putih
|
0.2 kg
|
6.99
|
1.40
|
36
|
Halia
|
0.2 kg
|
4.99
|
1
|
37
|
Tomato
|
2 kg
|
2.99
|
5.90
|
38
|
Daun pandan
|
1 ikat
|
-
|
1
|
39
|
Cili padi hijau
|
0.2 g
|
7.99
|
1.60
|
40
|
Tomato ceri untuk hiasan
|
3 paket
|
1.99
|
5.90
|
41
|
Salad untuk hiasan
|
3 kg
|
1.50
|
6
|
TOTAL
|
1473.80
|
Modal akhir yang diperlukan adalah sebanyak RM1504.60.
Namun, modal ini bergantung kepada keperluan masing-masing.
Untuk permulaan perniagaan secara kecil-kecilan, kita
haruslah bijak membuat pilihan dan membanding harga bagi mengelakkan kerugian
di masa akan datang.
Peralatan pula kita boleh menaiktaraf dari masa ke
semasa. Apa yang penting ialah mendirikan sebuah tapak perniagaan yang kukuh
dan dikenali pelanggan.
Kos dan keuntungan.
Seterusnya kita akan kira keuntungan bersih dari 100
bungkus.
Untuk mengira keuntungan bersih kita harus asingkan dahulu
aset dan bahan mentah dari modal yang telah disenaraikan awal tadi.
Senarai aset dan harga adalah seperti berikut:
No
|
Barang
|
Kuantiti
|
RM/kg
|
RM
|
Aset (Peralatan memasak)
|
||||
1
|
Periuk nasi
|
1
|
-
|
350
|
2
|
Kuali merebus daging.
|
1
|
-
|
35
|
3
|
Tong Nasi saiz besar
|
1
|
-
|
120
|
4
|
Papan pemotong untuk memotong
|
1
|
-
|
50
|
5
|
Mesin pencincang
|
1
|
-
|
100
|
6
|
Pisau memotong daging
|
1
|
-
|
20
|
7
|
Bekas makanan
|
6
|
6
|
36
|
8
|
Alas Meja.
|
1.2
|
10
|
12
|
9
|
Bangku plastik
|
4
|
4.90
|
19.60
|
10
|
Khemah
|
1
|
-
|
180
|
11
|
Meja niaga
|
1
|
-
|
80
|
12
|
Lampu USB
|
1
|
-
|
18
|
Bahan Pemasaran
|
||||
1
|
Banner atau Bunting menu makanan.
|
1
|
-
|
30
|
TOTAL
|
1050.60
|
Jumlah
aset ialah RM1050.60. Jadi kos untuk bahan mentah adalah seperti
berikut:
RM1473.80 – RM1050.60 = RM423.20
Ini bermakna harga kos untuk bahan mentah sebanyak 100
bungkus Nasi Daging Air Asam Kerisik ialah sebanyak RM423.20.
Jika dibahagikan 100 bungkus, kita akan mendapat harga
kos untuk sebungkus nasi.
Maka,
RM423.20 / 100 = RM4.23/sebungkus.
Antara kos lain yang perlu dititik beratkan ialah:
1.
Kos pekerja – 2% dari kos sebungkus
2.
Kos Utiliti – Elektrik, Air – 2 % dari kos
sebungkus
Jumlah keseluruhan sebungkus Nasi Daging Air Asam
Kerisik ialah RM4.39.
Harga Nasi Daging Air Asam Kerisik di pasaran ialah
RM11 keatas. Jika sebungkus nasi dijual pada harga RM8.80, keuntungan yang kita dapat masih ialah 50%.
No comments:
Post a Comment