Inspirasi Bisnes
Terdapat pelbagai jenis bisnes yang boleh dilakukan
dari rumah. Seperti menjahit, servis melipat baju, ajen pemasaran, ajen
insurans, bisnes “Mealbox”, sulaman, guru tuisyen, kelas mengaji, kelas
memasak, kelas mendekor kek dan sebagainya.
Pelbagai golongan bukan sahaja surirumah tekun
melakukan kerja dari rumah. Malah ia terbuka kepada semua golongan biarpun yang
tidak bekerja atau secara sampingan bagi yang mempunyai pekerjaan tetap. Selain
mendapat pendapatan sampingan, ilmu dan kepuasan juga akan dikecapi.
Dalam topik ini, saya akan menceritakan serba sedikit
mengenai bisnes “mealbox” atau servis penghantaran makanan dari rumah.
Bisnes 'Mealbox'
Beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum memulakan bisnes
makanan dari rumah. Saya akan kupas dari segi jenis makanan dan kategori
pelanggan.
Apakah jenis makanan yang akan dijual? Makanan apakah yang
sesuai? Apakah yang diperlukan oleh pelanggan? Apakah yang diharapkan oleh
pelanggan? Bagaimana mencari pelanggan? Siapakah sasaran pelanggan? Bagaimana
mahu memberi kepuasan kepada pelanggan?
Pertama sekali, apakah jenis makanan yang disediakan oleh kita?
Dan makanan apakah yang sesuai?
Bagi menentukan sesuatu jenis makanan, kita perlu tahu siapakah
pelanggan kita. Beberapa kategori pelanggan yang kita boleh kelaskan seperti
pekerja di syarikat-syarikat, pelajar, seisi keluarga, kanak-kanak, surirumah
ataupun anak kecil. Kita juga perlu tahu kesesuaian rasa sama ada pedas atau
manis untuk dilaraskan supaya makanan kita boleh dimakan oleh semua peringkat
umur.
Seperti yang saya ceritakan diatas, saya akan kongsikan beberapa
jenis makanan bagi senarai dibawah.
i. Sarapan
pagi
ii. Makan
tengahari
iii. Minum
petang
iv. Makan
malam
v. Kudapan
malam
Sarapan pagi
1. Nasi
Lemak
2. Lontong
3. Mee
goreng
4. Kueytiow
goreng
5. Mihun
Singapore
6. Mihun
goreng
7. Nasi
goreng
8. Bubur
9. Sandwish
Makan Tengahari
1. Nasi
putih bersama lauk ayam dan sayur
2. Nasi
putih bersama lauk ikan dan sayur
3. Nasi
putih bersama lauk daging dan sayur
4. Nasi
beraneka seperti nasi tomato, nasi hujan panas, nasi ayam, nasi minyak
5. Aneka
mee seperti mee kari, mee bandung, mee hailam, mee jawa
6. Aneka
mihun seperti mihun sup, mihun kari
Minum Petang
1. Roti
jala
2. Aneka
kuih-muih seperti karipap, kuih talam, popia
3. Murtabak
4. Tauhu
bergedil
5. Aneka
bubur seperti bubur jagung, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau
6. Aneka
lempeng seperti lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng kosong bersama sambal
Makan Malam
1. Nasi
putih bersama lauk ayam dan sayur
2. Nasi
putih bersama lauk ikan dan sayur
3. Nasi
putih bersama lauk daging dan sayur
4. Nasi
beraneka seperti nasi tomato, nasi hujan panas, nasi ayam, nasi minyak
5. Aneka
mee seperti mee kari, mee bandung, mee hailam, mee jawa
6. Aneka
mihun seperti mihun sup, mihun kari
7. Aneka
kueytiow seperti kueytiow goreng, kueytiow ladna, kueytiow Kungfu
8. Aneka
makanan western seperti fish and chip, chicken chop, spaghetti
Kudapan Malam
1. Burger
2. Roti Hotdog
3. Roti john
4. Maggi goreng
5. Murtabak
maggi
6. Takoyaki
Pelanggan selalu mengharapkan makanan yang ditempah menepati
citarasa dan harga. Bagi kategori pekerja di syarikat-syarikat, mereka
selalunya akan makan sambil melakukan tugasan. Oleh itu, makanan yang
disediakan perlulah yang ringkas, senang dimakan dan tidak mengotorkan tangan.
Manakala untuk surirumah pula, makanan haruslah yang kurang atau tidak pedas
kerana mereka akan makan bersama anak-anak. Malah makanan untuk kategori
surirumah juga mereka selalunya mahukan nasi dan lauk diasingkan kerana waktu
makan mereka yang tak tentu.
Cara yang berkesan dalam mencari pelanggan adalah dengan
mengaktifkan diri dalam kumpulan kejiranan sama ada dalam kumpulan
aplikasi whatsapp atau facebook dan banyak
lagi laman social yang lain. Sering muatnaik tempahan yang akan dibuka atau
senaraikan menu-menu yang disediakan. Buatkan ahli kumpulan tahu akan bisnes
kita. Jalinkan ikatan dengan ahli kumpulan, buat anggaran kasar ahli kumpulan
tediri dari kategori pelanggan yang mana.
Bagaimana mahu memberi kepuasan kepada pelanggan?
Kepuasan setiap pelanggan berbeza. Kita sebagai penjual harus
bertanya pendapat pelanggan terhadap servis kita dan bagaimana kita boleh
menaiktaraf tahap servis dan masakan kita. Kita sebagai penjual harus tahu dari
sudut mana kepuasan pelanggan itu akan datang berdasarkan feedback dari
mereka.
Kita akan mengupas terlebih dahulu tentang kebaikan bisnes makanan dari rumah.
Kelebihan
Masa lebih fleksibel.
Dengan menjalankan perniagaan dari rumah, kita
akan ada masa yang lebih fleksibel. Masa itu boleh diisi dengan aktiviti
bersama keluarga dan anak-anak di dalam rumah atau bersiar-siar di pasaraya dan
taman. Kita juga boleh menyusun jadual keluarga dengan tempahan yang diambil
sekaligus membuatkan kita boleh bercuti dengan lama bersama keluarga bila-bila
masa.
Bekalan makanan sentiasa ada jika di dalam kesempitan.
Bekalan makanan pula sentiasa ada jika kita menguruskan
perniagaan katering dari rumah. Ada ketika perniagaan jatuh merudum atau
sementara mendapat duit pusingan modal, kita tetap cukup bekalan makanan.
Dapat menjimatkan kos pergi balik kerja.
Selain itu, kita juga akan dapat menjimatkan kos pergi balik
kerja. Bebanan kos ke tempat kerja kadang-kadang melebihi separuh dari apa yang
kita usahakan. Selain itu, kita dapat menjimatkan kos dari segi penghantaran
anak ke pusat-pusat penjagaan anak yang kosnya boleh menelah berates ringgit
untuk seorang anak.
Kekurangan
Walaubagaimana pun, disebalik kebaikan terdapat beberapa
keburukan yang perlu kita ambil kira.
Kapasiti ruang penyimpanan bahan mentah yang terhad.
Contoh utama ialah ruang penyimpanan bahan mentah yang amat
terhad. Ia bergantung kepada kebesaran persegi rumah yang didiami. Bahan-bahan
mentah memerlukan ruang penyimpanan yang luas seperti peti sejuk beku untuk
ayam, daging dan ikan serta bahan beku yang lain. Sayuran pula memerlukan peti
sejuk yang mampu mengekalkan kesegaran sayur dalam jangka masa yang lama.
Begitu juga bawang-bawang, telur, rempah ratus dan sebagainya.
Ruang masak dan penyediaan makanan yang sempit.
Ruang masak dan penyediaan makanan akan menjadi sempit apabila
mendiami rumah yang sempit. Ruang persekitaran yang besar dan dapur di luar
rumah amat membantu bagi menangani masalah berkenaan ruang. Ia adalah untuk
memastikan suasana rumah tetap terpelihara walaupun perniagaan berjalan di
rumah. Dengan ruang yang besar, kita mampu menguruskan bahan mentah dan
peralatan memasak. Disamping itu, ruang memasak juga akan menjadi lebih teratur
dan selesa.
Persekitaran yang tidak selesa untuk isi rumah
Apabila memasak, secara tak langsung kita akan mengambil
sebahagian dari ruang rumah kita. Keadaan ini bole membuatkan ahli isi rumah
berasa tidak selesa jika kita tidak menguruskan ruang kerja dengan baik. Cara
yang mudah adalah untuk tidak tangguh untuk menyelesaikan kerja pembersihan
setelah tugas masak selesai.
Pengurusan masa yang terhad
Kerja rumah. Tidak dinafikan setiap rumah mempunyai tugasan yang
tersedia. Seperti mengemas rumah, menyapu lantai, mengemop lantai, pengurusan
baju dari membasuh, menyidai, dan melipat, menguruskan anak-anak, penjagaan
diri. Perkara ini seringkali berselisih dengan tugas memasak tempahan. Maka
pengurusan masa amat penting untuk memastikan rumah dan anak-anak tetap teratur
walaupun sibuk menguruskan perniagaan. Tetapkan masa untuk melakukan kerja
rumah di awal pagi atau lewat malam hari.
Pendapatan bergantung kepada hari perniagaan.
Bercuti memang menyeronokkan bagi seisi keluarga. Namun harus
diingat, bahawa apabila bekerja sendiri dan diurus sendiri dari rumah
pendapatan boleh jadi tidak terhad atau terlalu terhad. Bercuti memerlukan
belanja yang besar. Maka, untuk mengatasi masalah kekangan kewangan ketika
bercuti amat digalakkan untuk menguruskan modal, keuntungan dan duit poket
bercuti secara berasingan. Ini bertujuan agar kita tidak berbelanja dengan
lebih sepanjang hari bercuti dan mempunyai modal untuk digunakan sebagai
permulaan setelah pulang dari percutian.
Pengurusan
masa.
Dari awal kami mula berjinak dengan bebrniaga
jalanan, kami belum mahir membahagikan masa antara membeli barang keperluan,
barang mentah niaga, melayan karenah anak, membahagikan masa dengan kerja-kerja
rumah. Namun, lama-kelamaan kami mula belajar dari kesilapan.
Kalau sebelum ini kami membeli bahan mentah
setiap hari, kini kami akan membeli bahan mentah selang 2-3 hari bergantung
kepada tahap kapasiti penyimpanan bahan mentah di rumah. Pembelian dalam kuantiti
yang banyak sebenarnya lebih menguntungkan kerana harga yang lebih murah.
Memandangkan kami bekerja dan 24 jam berada di
rumah, kami bergilir-gilir melakukan tugasan harian di rumah seperti membasuh
baju, mengeringkan baju, melipat baju, memasak untuk anak, mengemas rumah,
menyapu sampah, mengemop lantai dan lain-lain lagi.
Toleransi sesame ahli kumpulan amat penting di
dalam pengurusan masa kerana bekerja sendiri bererti masa yang ada lebih
fleksibel. Namun, jika hilang nilai disiplin dalam diri, amat sukar untuk
menguruskan masa dengan sewajarnya.
Tempat-tempat membeli secara borong kawasan klang dan shah alam
Dalam memilih bahan mentah dan kering, kita harus bijak membeli
supaya modal tidak melebihi keuntungan. Saya akan senarai beberapa pusat jualan
gudang untuk mendapatkan barang mentah yang murah.
1. Pasaraya Borong NSK
Pasaraya Borong NSK menyediakan hampir 80% bahan mentah yang
lebih murah berbanding pasaraya borong yang lain. Pasaraya borong NSK
menyediakan pelbagai bahan mentah seperti ayam, daging, ikan segar, sayur yang
pelbagai pada harga yang amat murah
Pasaraya Borong NSK juga menyediakan bahan kering seperti
kekacang, rempah, kicap, asam jawa, kerisik, belacan dan macam-macam lagi.
Namun, pembungkus makanan yang dijual di Pasaraya Borong NSK
agak mahal berbanding harga pembungkus makanan di pasaraya borong lain.
Pasaraya Borong NSK pilihan kami terletak di Kota Damansara.
Cawangan ini lebih kemas, teratur, besar dan barang-barang yang lebih banyak
pilihan berbanding cawangan lain.
Antara kelebihan pasaraya ini adalah waktu operasi dari 7 pagi
sehingga 12 tengah malam.
2. Pasaraya
Borong Checkers
Seperti Pasaraya Borong NSK, Pasaraya Borong Checkers juga
menyediakan bahan mentah dan bahan kering. Namun, harga bahan mentah dan kering
di pasaraya ini sedikit tinggi berbanding Pasaraya Borong NSK.
Tetapi, harga bagi pembungkus makanan di pasaraya ini begitu
murah.
Waktu operasi pasaraya ini dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam.
3. Pasar
basah Meru
Kelebihan pasar besar Meru adalah, barang-barang yang segar dan
boleh dibeli pada harga murah dan banyak. Namun, terdapat beberapa yang tinggi
harganya juga.
Peniaga harus bijak menawar dan perlu tahu kedai yang menawarkan
harga yang rendah.
4. Pasar
borong Meru
Pasar borong Meru terletak bertentangan dengan Pasar basah Meru.
Harga yang diletakkan berbeza-beza di setiap kedai. Seperti pasar basah Meru,
peniaga juga perlu tahu kedai yang meletakkan harga yang rendah.
Dalam mementingkan masa, saya tidak ke pasar di Meru kerana tak
semua bahan ada di jual di sini dan harganya juga tinggi.
Jadilah pembeli yang bijak membandingkan harga.
No comments:
Post a Comment