Alia
Fazlin Ismail dilahirkan di Kuala Lumpur pada 20
Mei 1986. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Bukit
Bintang 2 (BBGS) dan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 serta pendidikan
menengah di dua buah sekolah di Selangor. Beliau seterusnya mengikuti kursus
Diploma Komputer Sains di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sri Iskandar
pada tahun 2004 - 2008.
Beliau
pernah bertugas sebagai seorang Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah syarikat
swasta di Petaling Jaya pada tahun 2009 - 2013. Minat yang mendalam terhadap
masakan dan tekad untuk keluar dari zon selesa, membuatkan beliau kini menjadi
seorang tukang masak dan memulakan perniagaan sendiri. Beliau banyak terlibat
dengan aktiviti sukarelawan dengan pengagihan makanan kepada anak-anak yatim,
orang awam, pelajar universiti serta warga tunawisma kelolaan beliau dan suami.
Beliau
mula menulis sebagai hobi ketika sekolah dan mula aktif menulis blog bermula
pada tahun 2005. Beliau juga meluah nukilan dalam bentuk cerpen ringkas, puisi
dan sajak. Beliau berharap dengan wujudnya naskah ini dapat berkongsi
pengalaman suka duka dalam mencapai keinginan dan kepuasan beliau serta menjadi
motivasi dan panduan untuk pembaca.
Beliau
pernah terlibat dengan perarakan Hari kemerdekaan pada tahun 2001 di Shah Alam
dan 2005 di Teluk Intan. Beliau juga mewakili daerah dalam pertandingan Hoki
peringkat zon pada tahun 2002. Beliau pernah memenangi tempat pertama untuk
acara kayak solo wanita pada tahun 2004.
Beliau
juga aktif dengan program sukarelawan dari tahun 2008 bersama alumni sekolah
yang dikenali sebagai Briotlegend. Beliau juga dilantik menjadi
setiausaha kelab komuniti tersebut. Beliau seorang yang aktif dengan sukan
paintball, dan renang di masa lapang. Beliau gemar mengelola aktiviti dan
menguruskan projek. Kelebihan itu dimanfaatkan apabila beliau dipilih mengetuai
projek “Program Mesra Komuniti” untuk menyampaikan sumbangan kelab
komuniti Briotlegend kepada 44 buah rumah miskin tegar di
sebuah perkampungan di Kuala Selangor pada tahun 2009.
Di
samping semua aktiviti lasak, beliau juga pernah mewakili sekolah untuk
persembahan teater anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002.
Pengalaman Bisnes
Beliau
mula berniaga pada tahun 2011 ketika beliau diuji hebat. Berada di dapur adalah
salah satu cara beliau menghilangkan rasa sedih dan tekanan. Beliau akhrnya
serius untuk berniaga pada tahun 2012 dengan memulakan bisnes kek dan manisan
dibawah nama yayalittletime.
Pada
tahun 2015, beliau mula mempelajari sedikit sebanyak mengenai pemakanan sihat.
Beliau cuba mempraktikkan gaya pemakanan sihat di dalam kerjaya beliau kini
iaitu seorang tukang masak perniagaan beliau dan suami di bawah syarikat Mohfiz
Enterprise. Perniagaan beliau lebih dikenali sebagai #dapurhalia.
Beliau cuba menggunakan bahan-bahan yang terpilih serta bebas bahan kimia yang
merbahaya. Beliau menggunakan garam pink Himalaya, gula merah atau gula perang
sebagai bahan perasa ke dalam semua masakan jualan beliau. Beliau juga cuba
untuk menghasilkan makanan bebas gluten, bebas monosodium glutamate, bebas
perasa tambahan, serta bebas bahan GMO ke dalam menu beliau.
Ideologi
menyediakan makanan sihat ini, mendapat perhatian penulis laman sesawang
Bidadari.my, Puan Noor Fazilah apabila beliau tersenarai antara 20 orang
usahawan makanan sihat.
Beliau
ingin membantu lebih ramai penggemar makanan yang mempunyai masalah alahan
ketika makan di kedai. Contoh jenis makanan yang disediakan beliau ialah –
Diet kencing manis, diet gout, diet darah tinggi, diet bebas gluten, diet
tinggi serat, diet vegetarian dan
banyak lagi.
Aspirasi
dan impian beliau untuk menjadikan diri beliau bermanfaat kepada masyarakat,
keluarga dan rakan-rakan disamping dapat menyampaikan perasaan kasih sayang
beliau kepada semua.
Pengalaman Kerja
Selepas
tamat belajar di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Diploma Sains Komputer,
beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat di sebuah
syarikat teknologi maklumat sektor swasta berpusat di Petaling Jaya dari 2009
ke 2013. Kerjaya beliau dikembangkan sebagai Ketua bahagian di jabatan
teknologi maklumat.
Disamping
itu, beliau memulakan bisnes sampingan dengan mengambil tempahan kek dan
manisan sekitar tahun 2012 sebelum memutuskan berniaga dengan serius pada tahun
2013.
Pada tahun 2013, ketika beliau baru mulakan bisnes kek sepenuhnya, beliau telah mendapat tawaran dan menyambung kerjaya sebagai Penganalisa Sistem Operasi di salah sebuah syarikat pasaraya terkemuka di Malaysia.
Pada tahun 2013, ketika beliau baru mulakan bisnes kek sepenuhnya, beliau telah mendapat tawaran dan menyambung kerjaya sebagai Penganalisa Sistem Operasi di salah sebuah syarikat pasaraya terkemuka di Malaysia.
Setelah
mengalami beberapa masalah kesihatan, beliau menyambung kerjaya di dalam bidang
pengkeranian di sebuah syarikat pengkomputeran pada tahun 2014 dan syarikat
penapisan air pada tahun 2016.
Pada
akhir tahun 2016, beliau mebuat keputusan untuk meneruskan perniagaan sepenuh
masa bersama suami di rumah. Pilihan utama jenis perniagaan ialah menu
sarapan, lunchbox, minum petang,dinnerbox, dan kudapan
malam.
No comments:
Post a Comment