Friday, August 17, 2018

Pengenalan



Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Setiap orang mempunyai titik minat pada sesuatu perkara. Ada yang menjadikannya hobi masa lapang. Ada yang menjadikannya medan punca rezeki. Apakah kelebihan kita yang mampu bersinar umpama bintang? Apakah pula kekurangan kita yang mampu digilap menjadi permata? Seharusnya bintang yang indah bercahaya yang memancar mampu membuatkan permata lebih bersinar.


Namun, bagaimana kita mahu membawa minat, kelebihan dan kekurangan kita ke peringkat yang lebih mencabar dan optimum agar mampu memberi manfaat bukan sahaja pada diri sendiri tetapi pada masyarakat.


Makanan. Masakan. Menghias makanan. Melayan pelanggan. Beramah mesra bersama pelanggan dan juga peniaga lain, memberi berjuta kepuasan dalam diri. Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mampu melakukannya. Saya telah buktikan saya mampu untuk menjadikan hobi dan minat sebagai punca rezeki. Apatah lagi berkongsi hobi dan minat yang sama bersama suami tercinta.


Ebook ini akan membawa kita melihat perspektif yang berbeza dengan dunia masakan katering kecil-kecilan. Ebook ini bukan sahaja memberi panduan bagaimana memulakan perniagaan, tetapi juga memberi panduan dan tips bagaimana memilih bahan basah yang tidak memudharatkan sang pemakan. Tidak ketinggalan, ebook ini juga membantu peniaga memilih menu yang sihat untuk disajikan.

Ebook ini penuh dengan pengalaman bagaimana saya mula berjinak dengan dunia masakan yang begitu asing bagi kemahiran saya. Pengalaman ini juga mampu mengajar kita untuk menentukan hala tuju dan minat kita serta membuatkan kita tetap pendirian dan teruskan dengan impian kita.

Terima kasih. 

Alia Ismail.


No comments:

Post a Comment