Thursday, August 23, 2018

Ulasan Ebook



Air mata bercucuran tak henti ketika membaca Ebook Jalan Menuju Cahaya Baitullah. Perasan bercampur baur ketika meniti bait-bait coretan penulis. Seakan saya berada di sana bersama. Setiap kata pengalaman di segenap sudut, membawa saya jauh ke tahun 1993 ketika saya menunaikan Umrah yang pertama walaupun masih belum mumaiyyiz. Istimewanya juga di bulan Ramadhan. Menggamit memori berbuka di Masjidil Haram dengan roti dan kurma. Saya berumur 7 tahun ketika itu. Masih seronok berlari berlompat di dataran kedua Masjid agung. Namun saya tetap merindui segalanya di sana.

Berkongsi surah kegemaran yang sama dengan penulis, saya amat berpendapat Ebook ini sangat sesuai untuk mereka yang merindui kedua tanah suci Makkah dan Madinah. Antara perkara yang tak boleh saya lupakan ialah, ketika penulis menggambarkan suasana semasa memasuki Raudhah. Allah, betapa sayu hati ini ingin kesana lagi bersama keluarga. Menutup mata dan membayangkan tangan ini menyentuh dinding sekitar Raudhah menyampaikan rindunya Rasulullah s.a w. Antara peristiwa lain ialah ketika saya sedang berehat di hadapan Kaabah, saya mendongak kelangit dan melihat berpuluh ekor burung helang bebas beterbangan seolah mengelilingi Kaabah. MashAllah!

Pengalaman yang penulis ada, tidak di sia-siakan dan dijadikan landasan panduan untuk kita ke sana. Hati saya mula terpaut dan berulangkali membaca tips dan persediaan untuk mengerjakan Umrah. Terus! Saya terus memasang niat sambil memohon Tuhan Yang Maha Rahman, untuk menjemput kita kesana dan tips di dalam Ebook ini akan digunakan. InshAllah.


Persiapan sebelum interaksi. Antara topik di dalam Ebook Didik Anak Cara Sunnah yang menarik perhatian saya ketika mula-mula membaca ebook ini. Sifat hayyin, layyin, sahlin, dan akrabin di dalam sesebuah perbualan harus diaplikasikan di mana-mana. Lebih-lebih lagi ketika berinteraksi bersama anak-anak.

Menjadi ibu kepada sepasang putera dan puteri, menyedarkan saya bahawa ilmu keibubapaan amat luas dan penting demi membina anak-anak yang gembira dan bebas stress. Tahun kedua menjadi seorang ibu, banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan ebook ini adalah pilihan tepat saya.

Tak semua ibu bapa tahu bagaimana menangani perangai anak-anak yang berbeza. Malah anak-anak ini sering dipersalahkan tanpa ibu bapa sedar, mereka ibarat kain putih yang harus diwarnakan. Ibubapa lah warna mereka. Tutur kata, perbuatan yang betul akan menjadi contoh sehingga anak ini dewasa. Ebook Didik Anak Cara Sunnah ini membantu kita menyantuni anak-anak dengan kasih sayang.

Susunan ayat dan penerangan yang mudah mampu menyentuh jiwa para pembaca. Pendedahan penulis dengan contoh-contoh Nabi amat berguna untuk kita semua praktikkan. Saya yakin dengan Ebook ini, ramai ibu bapa akan mula menyelami jiwa dan disebalik dunia imaginasi anak-anak mereka.


Ebook Kurus Dengan Eat Clean ini telah mengimbas kenangan saya pada tahun 2012 apabila saya berjaya kehilangan sebanyak 14kg dalam masa 4 bulan. Amalan pemakanan yang bersih dengan saranan penulis seperti pilih lemak yang sihat, kurangkan gula, makanan bergoreng, kurangkan garam amat terbukti sekali berkesan.

Apa yang hebat dengan ebook ini, ia didatangkan bersama koleksi peribadi resepi-resepi sihat yang mampu buat perut pembaca berkeroncong ketika membaca ebook ini. Istimewanya juga pada tips-tips dan strategi untuk kurus dengan lebih sihat agar kita lebih bertenaga dan lebih yakin dengan diri sendiri, sesuai dengan tagline penulis “Bebas Bernafas Tanpa Obesiti”

Ternyata penulis akan membuka minda pembaca bahawa betapa pentingnya proses detoks sebelum memulakan diet sihat dalam pemakanan untuk mengekalkan momentum kenaikan atau penurunan berat badan. Berdasarkan panduan, strategi dan tips di dalam ebook ini, pembaca pasti menemui cara dan jalan untuk mendapat berat ideal.

Ulasan Ebook – Servis Menulis

Servis menulis amat berguna untuk penulis amateur seperti saya. Terdapat banyak aspek yang saya jadikan contoh untuk menulis. Dari segi Bahasa, olahan kata dan penyusunan ayat. Saya yakin dengan ebook Servis Menulis ini, pembaca akan mendapat buah fikiran untuk menulis dan mendapatkan khidmat menulis.

Penulis berkongsi pengalaman beliau menulis selama 22 tahun. Sebuah pengalaman yang amat bermakna yang saya rasa boleh memberi manfaat kepada semua. Selain itu, penulis berkongsi artikel-artikel yang pernah ditulis beliau sepanjang tempoh bertugas.

Pendekatan yang beliau bawa melalui kebaikan mengambil penulis upahan sangat bernas kerana tak semua orang sedar. Salah satu contoh penulisan bibliografi. Pada saya, terlalu ramai orang yang berjaya yang tak mampu membukukan kisah kejayaan mereka. Dengan membukukan kisah perjalanan hidup mereka sememangnya memberi manfaat kepada pembaca mereka kelak.

Ebook ini sangat bagus dibaca oleh orang yang ingin mendapatkan khidmat servis menulis tetapi tidak tahu dari mana hendak bermula. Terbaik!






No comments:

Post a Comment